25.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

ABU KASSIM TAMAT PERKHIDMATAN SEBAGAI KETUA PESURUHJAYA SPRM 1 OGOS

ketua pesuruhjaya sprm letak jawatan

Tan Sri Abu Kassim Mohamed tidak akan meneruskan perkhidmatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mulai 1 Ogos ini seperti dipohonnya, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Ali berkata selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Abu Kassim, 55, untuk menamatkan perkhidmatannya itu dengan memberi sebulan notis.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ali berkata Abu Kassim akan terus menyumbang kepada negara sebagai Pegawai Perkhidmatan Pencegahan Rasuah sehingga bersara wajib pada 6 Dis 2020. Abu Kassim dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Jan 2010.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Abu Kassim yang telah banyak berjasa kepada negara selama beliau memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya.

Beliau berkata dalam tempoh Abu Kassim menerajui SPRM, suruhanjaya itu telah melaksanakan fungsi-fungsinya dengan cemerlang selaras dengan visinya untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi.

Kerajaan juga mengucapkan tahniah kepada Abu Kassim atas pelantikan sebagai anggota fakulti (pakar jemputan) International Anti-Corruption Academy, Austria, iaitu institusi pengajian anti-rasuah yang unggul di dunia di bawah tajaan Pertubuhan Bangsa Bersatu, katanya.

“Beliau (Abu Kassim) juga akan menyumbang pengalaman dan kepakarannya sebagai perunding di Universiti Teknologi MARA (UiTM),” katanya.

Ali berkata di peringkat antarabangsa, Abu Kassim akan terus memegang jawatan sebagai Naib Presiden International Association of Anti-Corruption Authorities dan Ahli Board of Governance, International Anti-Corruption Academy, Austria sehingga tamat tempoh pelantikan tersebut.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Keputusan terkini #PRNSabah [Live Update]

Tidak Rasmi: Warisan : 20 GRS (BN/PN/PBS): 34 Usno: 1 Bebas: 3 20.38 : Presiden Star, Jeffrey Kitingan (GRS/PN) dilaporkan menang di DUN Tambunan 20.35 : SPR mengumumkan keputusan rasmi...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan