‘Abu Leman’ di siasat SKMM - pakdin.my

Suspek yang disyaki miliki akaun Facebook dan blog “Abu Leman” disoal-siasat kerana sebar kandungan palsu terhadap kerabat diraja dan pemimpin negara Kes disiasat di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, hari ini telah membuat serbuan ke atas rumah seorang suspek di Bemban, Melaka berhubung penyebaran kandungan palsu terhadap kerabat diraja dan pemimpin negara di akaun Facebook dan blog yang disyaki miliknya.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan MCMC, Dato’ Mohd Shafie Harurn memaklumkan, serbuan tersebut dibuat selepas pihak MCMC menerima aduan daripada orang ramai berhubung perkara berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal oleh pihak MCMC mendapati suspek yang menggunakan akaun Facebook dan blog atas nama “Abu Leman” merupakan pentadbir kepada kedua-dua akaun tersebut.

“Dalam serbuan tersebut, beberapa peralatan komunikasi seperti komputer riba, modem, telefon bimbit, kad SIM dan kad memori turut dirampas bagi membantu siasatan.

Rakaman percakapan daripada suspek juga telah diambi katanya lagi.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

UTAMABERITA'Abu Leman' di siasat SKMM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium