32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

Proton Guna Platform Honda Ganti Perdana V6 – Tun Dr Mahathir Mohamad (video)

perdana accord

Honda Motor Co. Ltd. sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan Malaysia bagi menggantikan kereta Proton Perdana yang digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan ketika ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Motor Malaysia Sdn. Bhd., Yoichiro Ueno ketika mengesahkan perkara itu berkata, perbincangan mengenainya membabitkan Honda Motor, Proton Holdings Bhd., DRB-Hicom Bhd. dan kerajaan.

‘‘Saya difahamkan perbincangan mengenai perkara itu sedang berjalan dan satu daripada pilihannya ialah dengan mengadakan kajian keberkesanan.

‘‘Sekiranya Honda Motor, Proton dan kerajaan Malaysia mencapai persetujuan, mungkin selepas itu, Honda Malaysia akan terlibat sama.

‘‘Buat masa ini, perbincangan itu berlaku di peringkat tertinggi antara pihak pengurusan Proton dan Honda,” katanya kepada wartawan Utusan Malaysia dan New Straits Times selepas Seminar Peluang Perniagaan di Malaysia di Hotel Imperial, di sini, hari ini.

Terdahulu, Euno muncul sebagai panel seminar dalam misi perdagangan Malaysia ke Jepun yang diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ueno berkata demikian bagi mengulas desas desus rancangan kerajaan menggunakan platform Honda Accord 2.4 liter bagi menaiktaraf model Perdana V6 yang ketika ini memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Menurut laporan itu, kerajaan negeri Pahang telah memilih untuk menggantikan Proton Perdana V6 dengan Volkwagen Passat 2.0-liter yang kini dipasang di Pekan.

Kereta baharu itu pula akan digunakan menteri-menteri Kabinet dan exco kerajaan negeri tersebut.

Ueno bagaimanapun enggan mendedahkan mengenai kos penambahbaikan Perdana yang telah dihentikan pengeluarannya sejak 2010.

 

Berita Berkaitan

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini, seharusnya menyuntik lebih “semangat” ke...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak sawit dari Malaysia sehingga 2023,...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat berhubung rasuah oleh pihak berkuasa...

#MOKHZANI’S 1MDB?: Syarikat kroni Mahathir yang Zeti bailout kena ‘raid’ di Brazil

OIL and gas company Sapura Energy Bhd (SEB) is back in the news again....

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan