ACER Akan Memperkenalkan Windows Tablet 11.6 Inci Dikuasakan Oleh Intel Generasi ke 4 Haswell i3 - pakdin.my

acer-haswell

Kepada penggemar Windows Tablet, Acer akan memperkenalkan produk terbaru tablet Windows 8 menggunakan teknologi terkini generasi ke 4 Intel Haswell Core i3.

Intel Haswel merupakan pemproses terbaru Intel tanpa memerlukan kipas penyejuk serta mampu mengurakan penggunaan bateri sehingga 50 peratus atau kemampuan memproses dengan kelajuan tinggi sekiranya penggunaan bateri tidak dipertingkatkan.

Tablet dari Acer dengan kode nama Bulgari dengan skrin sesentuh LCD IPS berukuran 11.6 inci dengan resolusi 2560 x 1440 pixels.

Tablet Acer BUlgari bakal ditujukan untuk kalangan pengguna perniagaan dan menggunakan OS Windows 8.1 Pro.

Tablet ini dilengkapi dengan RAM 4GB DDR3 serta NAND Flash berkapasiti 64GB. Tablet ini juga bakal dilengkapi slot microSD untuk penambahan kapasiti penyimpanan.

Sebagai tambahan, terdapat kamera 8MP di bagian belakang juga dilengkapi dengan sambungan USB 3.0, Bluetooth, WiFi serta 3G atau LTE/4G.

Belum ada maklumat mengenai harga oleh Acer setakat ini. Berkemungkinan tablet ini akan di pamirkan secara rasmi pada penghujung bulan Jun ini.

Ringkasan spesifikasi:
Processor: Intel Haswell i3
Display: Touchscreen LCD/IPS 11.6 Inch  2560 x 1440 pixels
RAM: 4GB
Storage: 64GB NAND Flash
Port: 1 USB 3.0
Communication: Bluetooth, Wi-Fi, 3G/LTE/4G
Operating System: Windows 8.1 Pro
Camera: 8MP rear camera, 2MP front

UTAMAACER Akan Memperkenalkan Windows Tablet 11.6 Inci Dikuasakan Oleh Intel Generasi ke...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium