Loading...
Home / :: BLOG :: / Adakah Azmin tuduh Singapura sembunyi kos HSR?

Adakah Azmin tuduh Singapura sembunyi kos HSR?

#KERAjaanTomato #MenteriTomato #UneducatedMinister #PHPenipu

KATA MP | Jawapan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali kepada soalan anggota parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Wee Ka Siong dan saya sendiri, berkenaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) adalah mengecewakan.

Projek HSR ini adalah satu tender terbuka antarabangsa yang dipanggil secara bersama oleh kerajaan Malaysia dan Singapura.

Tender hanya ditutup pada 28 Disember 2018 dan pembida yang berjaya dinilai dan diputuskan bersama oleh kedua-dua kerajaan.

Loading...

Tender juga mensyaratkan pembida untuk menawarkan pakej pembiayaan dan kewangan. Projek HSR adalah sangat kompetitif dan lazimnya pembida akan disokong kerajaan negara masing-masing.

Untuk itu, pakej pembiayaan juga sangat kompetitif di mana faedah pada kadar sifar atau 0.1 peratus bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Tidak lama dulu, sebuah syarikat Jepun memenangi projek HSR di India dengan pakej pembiayaan dengan faedah 0.1 peratus bagi tempoh 50 tahun dengan 15 tahun moratorium (penangguhan pembayaran).

Projek HSR Malaysia-Singapura yang berprofil tinggi ini menarik perhatian pembida dari seluruh dunia.

Kos mereka lebih tinggi

Soalan saya – mengapa kerajaan HARAPAN tidak mendedahkan penilaian impak ekonomi projek HSR yang menunjukkan manfaat ekonomi serta peluang pekerjaan? Ini bakal hilang jika projek ini dibatalkan,

Menteri hal ehwal ekonomi tidak mengendahkan perkara ini dan memilih untuk membuat lawak berbanding menjawab soalan.

Tindakan itu bukan satu permulaan baik untuk parlimen. Projek sebesar ini memerlukan jawapan yang sempurna kerana ia memberi kesan kepada jutaan rakyat, beratus ribu pekerjaan, hubungan antarabangsa dan aliran ekonomi negara pada masa depan.

Jawapan kerajaan menunjukkan kelaziman mereka untuk menggandakan kos projek yang dimulakan BN seperti HSR, Landasan Berkembar Pantai Timur (ECRL) dan LRT3 dan kemudiannya mendakwa BN menyembunyikan kos sebenar.

Mereka kemudian mendabik dada dengan mendakwa berjaya mengurangkan kos projek kepada separuh, walhal kos baru mereka lebih tinggi daripada sebelumnya.

Berkenaan isu sama, ada wakil Kementerian Kewangan hari ini mendakwa saya mengetahui kos LRT3 adalah setinggi RM32 bilion.

saya meminta mereka menunjukkan dokumen bagi membuktikan saya telah meluluskan permohonan tambahan jaminan RM22 bilion kepada Prasarana.
Tunjukkan buktinya. Walhal permohonan itu tidak pernah dipersetujui kerajaan BN.

Nampaknya kerajaan HARAPAN masih kuat berpolitik, bukannya menjamin kesinambungan ekonomi bagi masa depan negara.

………….
http://pakdin.my/tag/hsr

(Visited 13 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

Terkini

Saiz penjawat awam besar, perlu dikurangkan – Mahathir

Dari Facebook Najib Razak

26 comments

  1. Tok Aki Sahak

    Apabila negara di pimpin kerajaan baru PH oleh orang yang bodoh maka petanda negara akan manuju kebinasaan dan kemunduran.

  2. Abi Asyraf

    admin..mp ph dari kuantan kata media putar belit statement pasal ad-din…bertudung tapi bengap..siap boleh kata agama islam seolah menyisih agama lain katanye..aku tengok parlimen jap tadi

  3. Ahmad Bin Burok

    Budak azmin ape yang dia tahu lembu ni

  4. Noor Yusof

    Tak tuduh lah, cuma tak pandai kira je lepas ada SST 16% ..?

  5. Abi Asyraf

    dyeorang mane ade fakta pun nak balas..sume nye pusing je keje nye

  6. Jariah Sharif

    Nak tunjuk orang lain tak pandai keje…. Mana report tranksaksi akaun azmin haritu…., senyaap jee

  7. Ssalim Abdulsamad

    Panjang umur kita lihat, projek tomatokembung pula

  8. Halijah Ibrahim

    Ya Allah yg maha kuasa beri petunjuk agar kami rakyat Malaysia tidak teraniaya dgn berbagai2…….

  9. Nurul Nurin Nurain Dzulfadli

    kenapa tak faham kos project dan kos sekiranya award tander?

  10. Mohd Imran

    Paling lwk td kt tv1..releks je ahmad maslan tanye kat lim guang eng gst telus or no..lim guang eng ngaku gst bgs n telus hahaha

  11. Rohana Ariffin

    Bila barisan pembangkang yang berintegriti mengemukakan pertanyaan dan hujah aku rasa dah menang la min walaupun hakikatnya kalah. Syabas Pembangkang

  12. Hamimah Hassan

    direct kos tidak berkongsi. non direct cost ialah kos ini bercampur dgn kos pembangunan yg lain. so Azmin ni betul ke. for sure ada akauntant yg kira kan

  13. Berlian Koreh

    PH Pye Sembang Smpi Babi Boleh Terbang

  14. Dorre Jali

    Bila masa diorang, boleh pulak ada kos tersembunyik ye, cai ph kate kita x pandai usah memandai, diorang lg taw, usah masuk campur, cam cabai???

  15. Mohd Isa

    Mat Wel, GI tanya itu Najib loh

  16. Penyamun Tarbus Tarbus

    Maksud dia begitulah agak nya..nak tingok pulak apa kata kerajaan singapura betul ka? .

  17. Khadijah Ahmad

    Zaman BN dulu lagi banyak PENYAMUN TARBUS, baru jadi YB belum semusim dah tukar kereta baru yg mewah pula, rata2 YB 2 BN sombong, bukan sj YBTapi istetinya pun sama, nak parking kereta pun sesukahati,

  18. Junaidy John

    Mustahil masa begitu singkat untuk mengetahui untung rugi HSR, badan penilai kos pun kita tidak mendengar, bila ditubuhkan, kata kaji semula projek mega, ingatkan kaji ketelusan kos atau kaji kos kerena terlalu tinggi nilainya, rupa-rupanya kajian dari berkroni untuk naikan kos. hantam sajalah labu, rakyat yang memilih kamu, mereka tidak akan berani memarahi kamu PH.

  19. Kamaru Husin

    Dulu ular tedung kini ular sawa….

  20. Ummu Khair

    Biasa la…tuduh dan fitnah tu hobi mereka..

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading...