Adakah penjualan aset strategik negara ke Jepun bagi membiayai jambatan bengkok? - pakdin.my

Kita sangat kecewa apabila IHH Berhad yang dibina dan dimajukan oleh kerajaan dahulu untuk menjadi sebuah syarikat multinasional bertaraf antarabangsa dan peneraju dalam penjagaan kesihatan bakal menjadi syarikat Jepun.

Ini lanjutan daripada penjualan saham Khazanah Nasional dalam IHH kepada syarikat Jepun, Mitsui pada harga RM8.42 bilion ketika saham syarikat itu rendah lantaran kejatuhan pasaran saham Malaysia sejak PRU14.

Apakah rancangan kerajaan PH dalam menggunakan hasil daripada penjualan aset negara ini?

Adakah ia akan digunakan bagi membiayai kereta nasional ketiga sebagaimana disebut Perdana Menteri sebelum ini bahawa tidak menjadi halangan untuk Khazanah terlibat dalam projek itu atau ia akan digunakan untuk membiayai jambatan bengkok di mana kerajaan Johor telah mengesahkan bahawa pembinaannya akan bermula tahun depan?

Apakah ini langkah permulaan kerajaan PH untuk menjual lebih banyak aset strategik negara yang dikumpul dan dipertingkatkan ketika pentadbiran Kerajaan dahulu?

Adakah penjualan ini ada kaitan dengan tawaran Jepun untuk menjamin bon RM7.4 bilion Samurai Malaysia nanti?

Kita perlukan jawapan kepada soalan-soalan ini kerana bukankah pemimpin PH sendiri yang sering melaungkan dakwaan jual negara sebelum ini, tetapi kini ia benar-benar berlaku.

https://pakdin.my/tag/bon-samurai

UTAMAEKONOMIAdakah penjualan aset strategik negara ke Jepun bagi membiayai jambatan bengkok?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium