31.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

Adakah Rakyat Masih Mempercayai Pakatan Harapan ? [Dari akhbar Cina

Dalam PRU14 Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) maka kuasa pemerintaha bertukar tangan. Ia mendapat pujian yang tinggi di peringkat antarabangsa. Namun tidak sampai dua tahun kerajaan PH akhirnya tumbang disebabkan pergolakan dalaman. Ia menjadi pengajaran kepada negara-negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi.

Kini politik negara telah kembali ke titik asal, ia bukan sahaja menjadikan UMNO sebagai parti pemerintah malah PAS juga menjadi sebahagian daripada kerajaan. Pakatan Harapan berdepan dengan kuasa orang-orang Melayu yang lebih besar untuk kembali membentuk satu perikatan dan sesungguhnya satu perjalanan mengembalikan kuasa yang tidak mudah dilakukan.

Pertamanya, kehilangan sokongan terhadap Pakatan Harapan. Walaupun mantan Perdana Mentari, Tun Mahathir menegaskan terdapat 114 orang ahli parlimen yang menyokongnya menjadi Perdana Menteri tetapi ada sebilangan ahli parlimen yang menunjukkan reaksi sebaliknya.

Dalam godaan kuasa dan mengharapkan kesan sampingan tepian tembikai (satu peribahasa Cina yang bermaksud menyebelahi pihak yang lebih besar), Tun Mahathir berkemungkinan hilang kelebihan sokongan daripada separuh ahli-ahli parlimen. Dalam keadaan ini, sekalipun diadakan usul undi tidak percaya di Dewan rakyat ia tidak mungkin boleh menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional.

Setelah berlaku pengkhianatan oleh kem Azmin Ali, PKR pula dilanda kucar-kacir. Jika kem Azmin Ali keluar parti secara beramai-ramai ia akan mendatangkan satu kerosakan yang amat besar. Perpecahan yang berlaku dalam Bersatu juga menyebabkan kuasa Tun Mahathir semakin lemah. Jika Muhyiddin dapat menguasai parti maka kem Tun Mahathir akan ditendang keluar. Ini menyebabkan mereka akan kehilangan satu platform politik.

Masa akan menguji satu kejujuran dan kesetiaan dan dalam perebutan kuasa seminggu ini yang menyerlahkan Pakatan Harapan bukanlah mempunyai kuasa yang kukuh.

Kedua, hubungan antara Pakatan Harapan dan Tun Mahathir telah wujud kerenggangan. Pakatan Harapan jika mahu masuk kembali ke Purajaya, ia harus menggabungkan kuasa Tun Mahathir dan Anwar. Namun Tun Mahathir tidak boleh melupakan yang Pakatan Harapan kemudiannya tidak menyokongnya menjadi Perdana Menteri (kerana mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri) yang menyebabkan beliau tidak menjadi Perdana Menteri ke 8.

Beliau mengatakan, “Anwar ingin sangat menjadi Perdana Menteri, ini dah terlalu mendesak, cara ini tentu dia tidak boleh menjadi Perdana Menteri”. Dengan ayat ini sudah tentu tidak menggembirakan penyokong Anwar. Anwar dah pun bersetuju dengan Tun Mahathir untuk terus menjadi Perdana Menteri sehingga Persidangan Apec. Apa yang boleh dicakapkan lagi ?

Sekarang untuk mencari kesalahan siapa yang salah atau betul adalah sesuatu yang tidak berfaedah. Lebih baik memandang terus ke hadapan bermula dari asal.

Persefahaman antara Tun Mahathir dan Anwar sebelum PTU14 dahulu yang kini telah pun menampakkan kecurigaannya maka untuk menyatukan kembali menjadi satu pasukan adalah amat susah sekali.

Ketiga, jika Pakatan Harapan masih mahu berkerjasama dengan Tun Mahathir, maka haruslah memberikan keyakinan kepada penyokongnya yang Tun Mahathir tidak menolak agenda pembaharuan negara yang dipelopori oleh Pakatan Harapan dan juga mengikut garis panduan yang bukan berasaskan kaum.

Selama Pakatan Harapan memerintah 21 bulan, Tun Mahathir telah banyak terkeluar daripada landasan (yang diperakui oleh Pakatan Harapan). Ini termasuklah meneruskan agenda yang berasaskan perkauman, tidak mengiktiraf sijil UEC, menghadiri Kongres Maruah Melayu, meneruskan perlaksanaan tulisan Jawi, meneruskan pemberian lesen operasi Lynas untuk 3 tahun lagi.

Sesuatu yang anggota Pakatan Harapan tidak boleh terima ialah apabila Tun Mahathir sanggup memecah-belahkan parti rakan sekutu sendiri. Seperti memihak kepada Azmin Ali yang menyebabkan PKR berpecah. Dengan nama menyokong LTTE sebagai kumpulan pengganas lalu menangkap dua orang ADUN dari DAP. Begitu juga mengharamkan buku kartun “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama”.

Apa yang dibuat oleh Tun Mahathir telah merosakkan kepercayaan rakan sekutu. Bagaimana penyokong Pakatan Harapan boleh terus menyokong beliau untuk terus menjadi calon Perdana Menteri ? Namun sudahlah tidak terpilih menjadi Perdana Menteri yang baru, Tun Mahathir yang angkuh sombong masih tidak mahu menerima realiti ini.

Keempat, setelah melalui krisis politik yang tegang selama seminggu ini, rakyat telah kehilangan semangat seperti dua tahun dulu. Sebab utamanya mereka telah hilang kepercayaan terhadap ahli-ahli politik, semua tidak boleh dipercayai. Akibatnya ceramah jalanan yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan di seluruh negara tidak mendapat perhatian rakyat.

Tun Mahathir, Anwar, Lim Guan Eng dan Mat Sabu serta yang lain harus keluar dari pentas. Digantikan oleh Nurul Izzah, Syed Saddiq dan pemimpin muda menjadi penggerak untuk menarik golongan muda, terutamanya pilihanraya umum akan datang memberi peluang kepada ratusan ribu mereka yang berumur 18 ke 20 tahun untuk mengundi.

Jika pemimpin yang dah tua tidak berundur, ia adalah sukar untuk menaikkan semangat pengundi.

Kelima, UMNO pernah kehilangan kuasa, kali ini mereka akan lebih berhati-hati bagi mengelakkan kejadian lama. Kehilangan kuasa adalah satu pengalaman yang amat pahit, maka dipercayai UMNO akan menghargai pengembalian kuasa ini dan sesungguhnya corak politik kaum adalah benteng kekuatan UMNO.

Pakatan Harapan memerintah selama 21 bulan, mereka masih belum dapat diterima oleh sebilangan besar orang-orang Melayu di kawasan kampong. Ini disebabkan oleh politik kaum yang kukuh.

Kini yang membentuk kerajaan ialah gabungan “muafakat nasional” yang menggabungkan idealisme kaum dan ugama. Ia sekaligus melenyapkan rasa kebimbangan orang-orang Melayu. Maka Pakatan Harapan semakin sukar untuk merobohkan kawasan majoriti Melayu.

Namun demikian, bukan bermakna Pakatan Harapan tidak punyai harapan langsung. Kerana peratusan sokongan yang akan diperolehi oleh kerajaan Perikatan Nasional adalah bergantung kepada hasil pemerintahannya.

Jika kerajaan baru tidak dapat dalam yang pendek meningkatkan perkembangan ekonomi dan ditambah pula dengan asakan ekonomi dunia yang suram disebabkan oleh coronavirus yang menyebabkan ekonomi semakin merosot, maka ia akan meningkatkan pula kemarahan rakyat.

Jika kerajaan baru mahu memperkenalkan kembali sistem cukai GST, yakni menurunkan sehingga ke 3%, ia juga akan membawa kenaikan harga barang-barang.

Corak dan idealisme politik bagi gabungan parti-parti dalam Perikatan Nasional juga mempunyai perbezaan yang besar. Lambat-laun akan berlaku pertembungan. Seperti parti-parti Sarawak, GPS tidak merestuai parti PAS yang berasaskan ketuhanan. JIka GPS tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional, maka kerajaan baru juga akan tumbang.

Sekiranya tumbang dan kembali naik adalah sesuatu yang amat sukar. Kegagalan bagi Pakatan Harapan kali ini juga adalah sesuatu yang menguji kesabaran dan kecekalan.

Diterjemahan oleh : Megat Mohd Hisemudin
9:50 a.m 3/3/2020
BSP, Selangor

509大选,希盟推翻国阵政府,政权和平转移,获得国际社会高度赞赏,不到两年,希盟政府却因为权力斗争而垮台,成为了其他国家追求民主的反面教材。
现在国家政治回到了原点,不止是巫统成为执政党,伊斯兰党也成为联合政府一员。希盟面对马来势力更强大的执政联盟,要卷土重来,夺回政权并不容易。
首先,希盟的支持力量会流失。尽管前首相敦马哈迪声称,有114名国会议员支持他任相,但一些议员已陆续转态,在权势的诱惑及西瓜靠大边效应下,敦马很可能失去一半以上议员支持的优势。在这种情况下,即使在国会提呈不信任动议,也不可能推翻国民联盟政府。
在阿兹敏派系叛逃后,公正党出现震荡,如果敏派党员大批退党,将带来伤害。土团党的分裂,也削弱敦马的力量,如果慕尤丁掌控党的权力,敦马阵营将被开除,致使他们失去政党平台。
时间将考验忠诚,过去一个星期的权争,说明希盟的力量并不牢固。
第二,希盟与敦马的关系已经出现裂痕。希盟要再入住布城,必须结合敦马与安华的力量,但敦马看来无法忘怀希盟后来不支持他任相,导致他当不了第八任首相,他说:“安华一直都想要当首相,他太急了,这样他是不能成为首相的。”这样的说词。肯定会让安华支持者不满,安华都同意让敦马继续任相到APEC峰会过后,还能怎样?
现在再追究谁错,于事无补,倒不如向前看,重新出发。
敦马与安华在509大选前和解,现在心存芥蒂,很难再整合成为团队。
第三,如果希盟还要和敦马合作,就必须让支持者相信敦马还会推动希盟的改革国家议程,以及遵循非种族路线。
希盟执政21个月期间,敦马做出很多脱序的行径,包括继续推行种族政策、不承认统考、出席马来人尊严大会、坚持落实爪夷文单元、延长莱纳斯稀土厂营运执照3年。希盟成员不能接受的是,敦马竟然对自己的盟友分而治之,比如重用阿兹敏,导致公正党分裂;以支持“淡米尔之虎”恐怖组织的罪名,逮捕两名行动党州议员涉,以及把《互利共赢的一带一路》漫画列为禁书。
敦马的所作所为,严重损害希盟的信誉,希盟支持者如何能够接受他继续成为希盟的首相人选?但不能重新任相,高傲的敦马也无法接受。
第四,经历一个星期的政治危机后,民众已经失去2年前的激情,主要原因是他们认为政治领袖已经失去诚信,不可信赖,希盟举办全国路演的效果不大。
敦马、安华、林冠英及末沙布等人应退居幕后,由努鲁依莎、赛沙迪年轻领袖主导民主运动,以吸引青少年,特别是下届大选将有数百万的18岁至20岁选民。
如果年老领袖不退,很难激发选民的激情。
第五,巫统曾经失去过政权,这次他们会更谨慎和防范。失去权力是痛苦的经历,因此相信巫统会不惜代价保住执政地位,种族政治是巫统的坚强防线。
希盟执政21个月,一直无法获得乡区马来人的信任,是因为种族政治。现在成为执政党的“全民共识”团队结合种族及宗教主义,消除了马来人的不安全感,希盟更难以攻破马来选区。
当然,希盟也并非完全没有机会,因为国民联盟政府的支持率取决于它的施政成果,如果新政府无法在短时间内振兴经济,再加上全球经济已受到新冠肺炎疫情的冲击,经济衰退,民怨必然高涨。
如果新政府重新推行消费税,即使税率降至3%,也会带来物价上涨。
国民联盟成员党的政治理念有很大的差异,迟早会爆发矛盾,比如砂拉越政党联盟(GPS)不认同伊党的神权主义,如果GPS不支持国民联盟,新政府将会垮台。
跌倒后,再站起来不容易,这次挫败考验希盟的毅力

Tulisan : 林瑞源, Penolong Ketua Editor Sin Chew Daily 星洲日报
Terjemahan oleh : Megat Mohd Hisemudin






Berita Berkaitan

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas...

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan