32.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Adakah Salji Turun Di Gunung Kinabalu?

gunung kinabalu

KOTA KINABALU: Adakah salji turun di Gunung Kinabalu sebelum waktu subuh 17 Januari apabila suhunya menurun kepada -3°C?

Satu laporan diserahkan kepada Taman-Taman Sabah oleh ketua ranger, Martin Mogurin yang menunjukkan terdapat tanda-tanda turunnya salji di puncak gunung dengan ketinggian 4,101 meter di Crocker Ranger pada kira-kira pukul 4 pagi.

Martin berkata, petunjuk di gunung itu telah dinyatakan dalam laporan tetapi tidak dapat disertakan dengan gambar kerana keadaan ketika itu gelap.

Pegawai Taman-Taman Sabah sedang mengesahkan laporan itu.

Pengerusi Taman-Taman Sabah, Tengku Zainal Adlin, yang mendakwa bahawa pernah mendaki setiap permukaan Gunung Kinabalu sejak lima dekad lalu berkata, beliau tidak terkejut dengan laporan gunung itu dilanda salji.

Zainal berkata, ais di gunung itu merupakan perkara biasa, terutama pada awal pagi.

Pengarah Taman-Taman Sabah, Paul Basintal berkata, beliau sedang mengumpulkan maklumat tetapi sangsi dengan keadaan salji itu.

Pakar meteorologi Sabah bagaimanapun tidak menolak sebarang kemungkinan adanya salji turun di Gunung Kinabalu kerana ia berada begitu hampir dengan Khatulistiwa.

 


Puncak Kinabalu Catat Suhu Negatif Satu Darjah Celsius

Puncak Kinabalu dipercayai mencatat suhu -1 darjah celcius.

Suhu itu dicatatkan menerusi laman cuaca antarabangsa, windfinder,com.

Catatan -1 darjah celcius dicatatkan di puncak Kinabalu sekitar jam lima pagi dan meningkat sehingga 9 darjah celcius pada sebelah petang.

Turut menerima tempias, kawasan di sekitar Ranau, sehingga 18 darjah celcius yang biasanya dialami sekitar Kundasang dan Taman Negara Kinabalu.

Keadaan cuaca ini dijangka berterusan sehingga awal minggu depan.

“Berlakunya ais, ya, tetapi salji? Tidak mustahil,” kata Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malik Tussin.

Beliau berkata, Sabah mengalami suhu sejuk ekoran angin Siberia yang berlaku dengan jumlah hujan yang tinggi kerana musim monsun timur laut dan tekanan atmosfera rendah di Sabah.

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...