Adam Rosly hadapi 6 tuduhan - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pagi ini atas enam pertuduhan memberi pernyataan palsu dan menggemukakan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Februari lalu.

Bagaimanapun, Adam Rosly, 30, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.

Ahli perniagaan itu menghadapi dua pertuduhan memberi pernyataan palsu mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sementara itu, empat pertuduhan iaitu mengemukakan dokumen palsu dikemukakan mengikut Seksyen 89 akta sama yang kedua-duanya memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu pejabat SPRM di blok D6, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini antara 10 Februari dan 22 Februari lalu.

UTAMABERITAAdam Rosly hadapi 6 tuduhan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium