Statistik Corona

Malaysia
2,127,934
Confirmed
Updated on September 21, 2021 20:59 8:59 pm
Malaysia
1,897,383
Recovered
Updated on September 21, 2021 20:59 8:59 pm
Malaysia
206,473
Active
Updated on September 21, 2021 20:59 8:59 pm
Malaysia
24,078
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,195,958
Confirmed
Updated on September 21, 2021 20:59 8:59 pm
Indonesia
4,002,706
Recovered
Updated on September 21, 2021 20:59 8:59 pm
Indonesia
140,805
Deaths
Updated on September 21, 2021 20:59 8:59 pm

Thailand

Thailand
1,500,105
Confirmed
Updated on September 21, 2021 20:59 8:59 pm
Thailand
1,352,838
Recovered
Updated on September 21, 2021 20:59 8:59 pm
Thailand
15,612
Deaths
Updated on September 21, 2021 20:59 8:59 pm

Global

All countries
230,155,621
Confirmed
Updated on September 21, 2021 20:59 8:59 pm
All countries
205,118,174
Recovered
Updated on September 21, 2021 20:59 8:59 pm
All countries
4,719,260
Deaths
Updated on September 21, 2021 20:59 8:59 pm

#MH370: Empat Atau Lima Kemungkinan Bagaimana Transponder Dimatikan – Hishammuddin

MH370-sidang-media-14-3-14

Pihak berkuasa sedang meneliti empat hingga lima kemungkinan mengenai bagaimana transponder pesawat MH370 boleh dimatikan, kata Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bercakap dalam sidang media pada Jumaat mengenai perkembangan terkini berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu hari ini, Hishammuddin berkata, antara kemungkinan tersebut ialah akibat letupan, dimatikan secara sengaja atau dalam keadaan dures.

“Kami melihat semua kemungkinan, sebab itu saya tidak mahu membuat spekulasi,” katanya menjawab soalan sama ada wujud bukti kedua-dua transponder pesawat dimatikan secara sistematik.

Ditanya sama ada pihak berkuasa tempatan menerima signal ‘pings’ atau denyut elektronik daripada pesawat yang boleh membantu siasatan dalam menentukan laluan dan lokasinya, Hishammuddin berkata banyak pegawai tidak bernama membuat pelbagai cadangan.

“Kami sedang menyiasat dan meneliti secara mendalam siapa (sumber itu), dari mana dan mengenai apa,” katanya.

Menurut laporan Wall Street Journal, penerbangan MH370 telah menghantar satu siri ‘pings’ atau denyut elektronik dengan yang terakhir dihantar dari lokasi di atas permukaan air pada altitud jajap.

Sementara itu, Hishammuddin turut menyangkal dakwaan pihak berkuasa Malaysia menghalang Rolls-Royce dan Boeing daripada menghebahkan maklumat berkaitan pesawat.

“Kami tidak memberi sebarang tekanan kepada mereka. Mereka bekerjasama dengan kami sejak awal,” katanya.

Rolls-Royce pada Khamis bersetuju dengan penafian kerajaan Malaysia bahawa laporan mengenai pesawat penumpang MAS itu mungkin terbang selama empat jam setelah hilang daripada imbasan radar, sebagai tidak benar.

Pesawat ke Beijing dengan 239 penumpang serta anak kapal itu hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi 8 Mac lepas.

Apa Itu Transponder?

Apa Itu Transponder? March 14th. 2014
SINGAPURA: Bukti baharu menunjukkan transponder pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu telah dimatikan dengan sengaja. Berikut adalah lima perkara yang anda perlu….

….

Berkaitan