32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Adat Naik Buai Semakin Luput Ditelan Zaman

Seorang bayi sedang ditepung tawar dan dicukur jambulnya semasa adat naik buai.
Seorang bayi sedang ditepung tawar dan dicukur jambulnya semasa adat naik buai.

Adat ‘naik buai’ suatu ketika dahulu pernah menjadi amalan lazim pasangan Melayu yang baru mendapat cahaya mata, namun adat itu semakin dilupai generasi muda kini.

Pada kebiasaanya adat ini yang juga dipanggil ‘berendoi’ dilakukan selepasupacara mencukur rambut bayi iaitu pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan dankadangkala ia dibuat semasa hari terakhir berpantang ibu iaitu pada hari ke-44selepas bersalin.

Ia dilaksanakan sebagai tanda meraikan kelahiran anak di dalam sesebuahkeluarga serta satu cara untuk memaklumkan mengenai kelahiran kepada masyarakat.

Bagaimanapun, mentaliti masyarakat yang berubah seiring dengan perubahanzaman menjadikan adat-adat terdahulu termasuk naik buai dianggap sebagai kolotdan tidak perlu dilaksanakan lagi.

Majlis Naik Buai

Adat naik buai lazimnya dilakukan oleh masyarakat Melayu yang mengamalkanadat perpatih, namun amalannya pada masa kini mempunyai banyak perbezaanberbanding yang dilakukan nenek moyang terdahulu.

Di Melaka, antara kawasan yang masih mengamalkan adat itu ialah TabohNaning, Melaka Pindah dan Lubok Cina.

Seorang pengamal adat itu, Maharam Tambi, 71, dari Ramuan China Besar disini berkata pada masa dahulu, naik buai hanya dilakukan pada hari ke-44 selepasibu bersalin dan disertai oleh anggota keluarga terdekat sahaja.

Beliau yang lebih dikenali sebagai ‘wan (nenek) Meram’ berkata sebatang kayuapi yang belum dibakar dimasukkan terlebih dahulu ke dalam buaian menggunakantali yang dibuat daripada bahagian pokok enau dan diayun oleh nenek atauindividu paling tua dalam keluarga.


“Tujuan kayu dimasukkan terlebih dahulu adalah untuk menghalau semangatjahat, kononnya kayu ini akan menyerap semangat jahat tersebut,” katanya.

Wan Meram berkata kayu itu kemudian dikeluarkan sebelum bayi diletakkan kedalam buaian.

Alatan logam seperti parang kemudian diletakkan di bawah buaianketika majlis itu yang dipercayai untuk menghalau syaitan.

“Bayi akan dibuai oleh nenek sehingga tidur sebelum diserahkan kepadaibunya,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata majlis naik buai pada masa sekarang banyakberubah dengan meninggalkan amalan-amalan khurafat seperti menghalau semangatjahat serta dibuat secara besar-besaran dengan mengundang penduduk setempat.

Katanya pasangan suami isteri yang mengadakan majlis naik buai kebiasaannyamenyediakan buaian bayi menggunakan kain sarung dan dihias dengan bunga-bungaanyang diperbuat daripada bunga kertas.

Majlis itu, katanya, kini dimulai dengan bacaan doa selamat dan marhabanmelibatkan kaum wanita.

Bayi kemudian dimasukkan ke dalam buaian oleh datuk atau neneknya dan buaiandiayun perlahan-lahan sambil marhaban diteruskan, katanya.

Wan Meram berkata sebelum majlis berakhir, tetamu dihidangkan dengan pulutkuning atau bubur kacang dan bunga telur dihadiah kepada semua yang mengambilbahagian pada majlis itu.

Bercanggah Agama?

Adat naik buai yang diamalkan masyarakat Melayu sebenarnya tidak terdapat didalam ajaran Islam, mungkin menjadi antara punca ia tidak diamalkan pada masakini.

Malah dikatakan amalan itu turut disertai dengan jampi serapah dan manteraberikutan masyarakat Melayu dahulu lebih terpengaruh dengan budaya dan ajaranagama lain.

Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Sumber Maklumat Jabatan Mufti negeri MelakaNor Aminuddin Azis berkata adat berkenaan bagaimanapun kini diolahtermasuk dengan pengisian doa dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW agar tidakmenjadi suatu amalan yang khurafat selain memberi peringatan kepada tetamu yanghadir untuk mengingati kebesaran Allah.

“Pelaksanaan adat yang melibatkan unsur-unsur khurafat dan jampi serapahakan menjejaskan akidah umat Islam, malah lebih merisaukan lagi apabilaadat-adat ini membawa kita keluar daripada Islam tanpa kita sedari.” katanya.

Beliau berkata iringan nazam, berzanji atau qasidah ketika majlisberlangsung juga sebenarnya tidak perlu dilakukan kerana tidak diamalkan olehRasulullah.


“Tetapi jika terdapat iringan nazam, berzanji berkenaan, ia hendaklahditeliti akan susunan dan maksudnya kerana dikhuatiri terdapat unsur-unsurpemujaan sesuatu selain daripada Allah,” jelasnya.

Katanya, umat Islam sebaik-baiknya menyempurnakan ibadat akikah iaitumenyembelih binatang ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yanglahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

“Tahnik, akikah, mencukur rambut dan memberi nama pada hari ketujuh kepadabayi yang dilahirkan adalah amalan sunnah, sepertimana yang pernah dilakukanoleh Nabi Muhammad SAW kepada cucu-cucu baginda iaitu Hassan dan Husein,”katanya.

Namun, katanya, sunnah mencukur rambut itu juga seringkali disalah ertimasyarakat dengan menggunapakai istilah ‘cukur jambul’ hingga mengundangkekeliruan dalam perlaksanaannya apabila hanya sebahagian rambut bayi sahajadigunting.

Hakikatnya, amalan bercukur rambut bayi perlu dilakukan dengan mencukurkeseluruhan rambut dan kemudiannya ditimbang dan dinilaikan dengan harga emassemasa sebelum wang itu disedekahkan kepada orang yang memerlukan atau fakirmiskin, katanya.

Katanya penyediaan beberapa kelengkapan seperti kelapa muda, air tepungtawar, beras kunyit, bertih jagung dan bunga rampai juga terpesong daripadaajaran Islam.

Promosi Adat

Adat naik buai adalahan antara 154 butiran terdiri daripada tapak, objekketara, objek tidak ketara dan tokoh orang hidup yang diisytiharkan KementerianPenerangan Komunikasi dan Kebudayaan (sekarang Kementerian Komunikasi danMultidmedia) sebagai Warisan Kebangsaan Negara pada 10 Mei 2012.

Ia dikategorikan sebagai warisan adat dan budaya selain berlenggang perut,adat perpatih Negeri Sembilan dan Naning serta adat Temenggung bertujuanmengekalkan warisan dan budaya masyarakat negara ini.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka Rodzuan Ismailmengakui adat naik buai semakin dilupai sedangkan ia dilakukan pasangan suamiisteri bagi membolehkan si anak didendangkan dengan nazam dan lagu berunsurkan nasihat supaya membesar sebagai insan berguna kepada masyarakat.

Justeru, bagi memastikan kelangsungan adat naik buai, JKKN pada 14 Jun lepasmeraikan seramai 30 bayi pada satu majlis naik buai dengan kerjasama pendudukKampung Melaka Pindah di sini.

“Ini adalah program bagi mendekatkan masyarakat umum khususnya luar bandardengan kegiatan seni budaya dan secara tidak langsung mempromosi kampung MelakaPindah ini sebagai kampung warisan yang telah mendapat pengiktirafan dariPerbadanan Muzium negeri Melaka (PERZIM),” katanya.

Beliau berkata program itu juga mampu memberi pendedahan kepada golonganmuda untuk meneruskan warisan nenek moyang daripada pupus ditelan zaman.

Selain itu, majlis yang akan diadakan secara tahunan di kampung berkenaanjuga mampu menarik minat pelancong ke negeri Melaka untuk mengenali danmenyaksikan sendiri pelaksanaan adat naik buai.


Rai Anak Pertama

Bagi Mohd Attas Abdullah, 48, kelahiran putera sulungnya, Harith Hamzah,lima bulan sememangnya adalah saat paling bahagia dalam kehidupannya dan isteri.

Pasangan itu yang berkahwin tiga tahun lepas berasa teruja apabila dijemputmenyertai majlis naik buai anjuran JKKN bagi meraikan anak sulung merekabersama-sama pasangan lain.

“Adat naik buai ini menunjukkan kita bersyukur akan kurniaan dan kebesaranAllah yang mengurniakan cahaya mata kepada kita,” katanya.

Satu lagi pasangan Azman Abd Ghani, 30an dan Zurina Osman, 30-an berkatamenyertai majlis naik buai adalah peluang yang jarang diperoleh pada masakini berikutan tidak ramai yang mengetahui mengenai adat berkenaan.

“Peluang seperti ini bukan semua orang dapat, majlis sebegini jarangdianjurkan lagi, apatah lagi diraikan bersama bayi lain,” katanya.

Pasangan yang dikurniakan anak kembar lelaki, Azril dan Azrizil yang berusiadua bulan itu turut berharap majlis seumpama itu dapat diteruskan bagi memberipeluang kepada pasangan yang baru menimang cahaya mata untuk berkongsikegembiraan mereka bersama masyarakat.

Azman berkata program berkenaan juga dapat mengekalkan adat dan tradisimasyarakat Melayu terdahulu supaya terus dipelihara bagi tatapan generasi akandatang.

“Kepentingan mengekalkan tradisi ini perlu diteruskan daripada semuaperingkat untuk membawa maruah dan tatacara adat Melayu untuk dipersembahkankepada masyarakat,” katanya.

Berita Berkaitan

[Video] Gaji mewah tapi risiko tinggi, video ombak besar landa pelantar minyak tular

Kerjanya menjanjikan pulangan yang lumayan, tetapi sanggupkah anda berdepan risko kemalangan dan bencana alam...

[Video] DS Najib memikirkan kelangsungan UMNO dalam menghadapi krisis politik, ekonomi dan kesihatan – Dr Aznil

DS Najib hanya membuat beberapa cadangan, atau lebih tepatnya, meletakkan pilihan yang UMNO ada...

Awie ‘budak ajaib’ wira Kuala Besut

BESUT  ― Meskipun hanyalah orang biasa, namun nama Mohamad Najmi Daud kini menjadi popular...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil...

Komen

..