Statistik Corona

Malaysia
2,209,194
Confirmed
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am
Malaysia
2,005,939
Recovered
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am
Malaysia
177,560
Active
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am
Malaysia
25,695
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,209,403
Confirmed
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am
Indonesia
4,027,548
Recovered
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am
Indonesia
141,585
Deaths
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am

Thailand

Thailand
1,581,415
Confirmed
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am
Thailand
1,448,206
Recovered
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am
Thailand
16,498
Deaths
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am

Global

All countries
233,157,903
Confirmed
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am
All countries
208,162,889
Recovered
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am
All countries
4,771,151
Deaths
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am

Adenan Satem Sokong Hasrat Teras Sertai BN

Adenan Satem
Adenan Satem

KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem hari ini menyambut baik kesediaan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) untuk menyertai Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Sambil menyokong hasrat parti itu menyertai gabungan BN, beliau berjanji akan membantu Teras dalam proses permohonannya itu.

“Saya akan memaklumkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)mengenai perkembangan ini,” kata beliau pada sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Adenan berkata bagaimanapun, setakat ini belum ada keperluan untuk beliau melakukan sebarang rombakan Kabinet.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan 11 Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Pekerja Sarawak (SWP), yang keluar parti masing-masing semalam untuk menyertai Teras.

Kumpulan itu diketuai bekas presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom.

Turut menyertai TERAS ialah lima bekas anggota SPDP iaitu Anggota Parlimen Baram Anyie Ngau dan empat ADUN iaitu Datuk Sylvester Entri Muran (Marudi), Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Rosey Yunus (Bekenu) dan Paulus Palu Gumbang (Batu Danau).

Wakil daripada SUPP ialah bekas pengerusi Bahagian Sibu Datuk Seri Wong Soon Koh yang juga ADUN Bawang Assan, serta Datuk Dr Jerip Susil (Bengoh), Ranum Mina (Opar) dan Johnicol Rayong (Engkilili).

ADUN Pelagus George Lagong dari SWP juga keluar daripada parti pembangkang itu untuk menyertai TERAS.

Sementara itu, Mawan berkata kunjungan hormat itu adalah untuk menyatakan sokongan dan taat setia mereka kepada pucuk pimpinan Adenan selaku Ketua Menteri Sarawak dan Pengerusi BN Sarawak.

Menurutnya mereka turut meminta nasihat Adenan mengenai hala tuju TERAS sebagai sebuah parti baharu

“Kami akan mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai BN dalam masa terdekat,” kata Mawan yang juga Menteri pembangunan Sosial Sarawak dan Anggota Parlimen Saratok dan ADUN Pakan.

Datuk Seri Wong Soon Koh pula berkata beliau dan ADUN SUPP turut menyatakan sokongan mereka kepada kepimpinan Adenan.

Berkaitan