Thursday - July 29, 2021 @ 23:37
BERITANASIONALAdik Noh Omar, 'Mat Malaya' Ditangkap Di Kundasang

Adik Noh Omar, 'Mat Malaya' Ditangkap Di Kundasang

adik-noh-omar-mat-malaya

Penjenayah terkenal, Mat Malaya akhirnya berjaya ditangkap selepas polis menyerbu sebuah rumah tumpangan di Kundasang lewat malam Isnin.

Suspek yang merupakan adik kepada bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, berusia 44 tahun ditahan ditahan ketika bersama isterinya yang berusia 24 tahun dan bayi perempuan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah SAC Datuk Sallehhudin Abd Rahman berkata suspek yang dikehendaki kerana menembak seorang mekanik pada 6 Mei lalu tidak membantah ketika penangkapan dilakukan.

Mat Malaya atau nama sebenarnya Mohd Jusnaidi Omar sedang disiasat kerana cubaan membunuh dan memiliki senjata api.

Polis bagaimanapun, tidak menemui sebarang senjata dalam simpanannya.

Suspek dikatakan telah menembak seorang mekanik di bengkel penghawa dingin kereta selepas kedua-dua mereka merenung antara satu sama lain.

Suspek kemudian naik berang dan bertindak menembak mangsa.

Mat Malaya sebelum ini didakwa atas kesalahan mengedar dadah pada tahun 2007 tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here