Adnan Angkat Sumpah MB Pahang Untuk Penggal Ke-4 - pakdin.my

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob sambil menyentuh Al-Quran melafaz ikrar taat setia di hadapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah selepas dilantik Menteri Besar pada majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang di Istana Abu Bakar dekat Pekan

KUANTAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan pada 5 petang Khamis.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang buat kali keempat di hadapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Adnan, 63, yang juga Pengerusi Badan perhubungan Umno negeri, dilantik semula sebagai Menteri Besar selepas berjaya mengekalkan kemenangan BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.

BN memenangi 30 daripada 42 kerusi DUN yang dipertandingkan di Pahang berbanding 37 pada 2008.

Adnan mula menyandang jawatan Menteri Besar Pahang pada 25 Mei 1999 menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob (kini Tun), yang dilantik sebagai Menteri Penerangan ketika itu.

Adnan, yang mempertahan kerusi DUN Pelangai, mula bertanding di kawasan itu pada 1986 dan dilantik sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 2004, dan penggal ketiga pada 2008.

Beliau dianugerah gelaran ‘Datuk Seri Diraja’ oleh Sultan Ahmad Shah pada 2010 dan merupakan penerima pertama dalam sejarah Pahang

UTAMAPILIHAN RAYAAdnan Angkat Sumpah MB Pahang Untuk Penggal Ke-4

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium