30.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

Aduan Kurang Diesel – Hasan Malek Kena Siasat Kalau Betul Akibat Penyeludupan

Kalau betul kekurangan diesel kerana sindiket penyeludupan, Hassan Malik kena bertindak tegas. Ianya bukan perkara baru dan penguatkuasa KPDNKK kena peka dan bertindak tegas.

Jangan kerana kelemhan kementerian membuat pengguna marah kepada kerajaan.

petrol_2

Aduan Kurang Diesel Hanya Di Lembah Klang, Selangor Dan Johor – Hasan Malek

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kekurangan bekalan diesel hanya berlaku di Lembah Klang, Selangor dan Johor.

Beliau berkata, ini berdasarkan aduan yang diterima kementeriannya setakat ini.

“Sebenarnya permintaan diesel di Sabah dan Sarawak lagi tinggi berbanding di Semenanjung, namun kita tidak menerima laporan kekurangan bekalan di negeriberkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menemui warga Pejabat PerdaganganDalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri di sini, Khamis.

Hasan juga tidak menolak isu kekurangan bekalan diesel di stesen-stesen minyak itu berpunca daripada sindiket penyeludupan.

“Oleh itu, saya akan pastikan pegawai dan anggota penguat kuasa kita melakukan tugas pemantauan dan mengambil tindakan lebih tegas terhadap sindiket atau peniaga yang tamak ini,” katanya.

Menurut Hasan, andaian pembabitan sindiket penyeludupan itu berasaskan kepada penurunan jumlah permohonan menambah kuota daripada pengusaha stesen minyak di seluruh negara sejak kebelakangan ini.

Pada Oktober lalu kementerian memproses 119 permohonan dan menurun kepada 60 pada bulan lepas dan bagi tempoh bulan ini sehingga semalam kementerian menerima 18 permohonan, katanya.

“Kalau kita tengok jumlah permohonan ini, maknanya masalah bekalan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, pihaknya berjaya mengurangkan aduan kekuranganbekalan diesel selepas melaksanakan prosedur operasi standard baharu yangmembolehkan permohonan menambah kuota diproses dan diluluskan dalam tempoh tigahari






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan