ADUN BN bidas MB Selangor abai hak rakyat - pakdin.my

sidang-dun-selangor-13

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dibidas kerana cenderung menidakkan usaha bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam melaksanakan projek pembangunan yang memberi manfaat kesejahteraan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi membayangkan tindakan Mohamed Azmin antaranya berhubung isu perjanjian penstrukturan semula industri perkhidmatan air serta pembatalan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) jelas bukan bersifat profesional.

“Kami berpendapat terdapat kecenderungan menteri besar sekarang untuk menidakkan segala perkara dipersetujui menteri besar terdahulu (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) melibatkan projek air dan Kidex.

“Kami dari Adun BN turut terkejut dengan penjelasan diberikan Menteri Besar yang membatalkan projek Kidex yang mampu menyuraikan trafik dan kesesakan lalu lintas di sekitar Lembah Klang,” katanya di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Jumaat.
Menurutnya, pembatalan Kidex menunjukkan kerajaan negeri tidak prihatin dengan kesengsaraan 365,000 pengguna jalan raya di Lembah Klang yang terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas teruk setiap hari.

UTAMAPOLITIKADUN BN bidas MB Selangor abai hak rakyat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium