27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 27, 2021

ADUN BN Tempelak Pakatan Pembangkang Suka Salahkan BN

Datuk Subahan Kamal

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer dari Barisan Nasional Datuk Subahan Kamal pada Jumaat menempelak seorang ADUN pakatan pembangkang yang lebih suka menuding jari kepada Barisan Nasional (BN) bagi menutup kelemahan kerajaan negeri Selangor.

“Kalau Pakatan Rakyat menuding jari kepada kami, empat jari akan kembali menuding kepada kamu semula. Hampir 3 tahun 7 bulan tapi janji tidak ditunaikan dan nanti nak pilihan raya akan berjanji lagi.

“Mana bantuan untuk suri rumah, mereka yang dapat masuk universiti, bukan semua yang dapat ada yang datang jumpa saya minta bantuan, katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan Kerajaan Selangor 2012 di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mencelah perbahasan ADUN DAP Kampung Tunku, Lau Weng San yang lebih cenderung mencari kesalahan UMNO walaupun ia tidak mempunyai kaitan dalam perbahasannya seperti pelaksanaan projek ternakan babi secara moden di Ladang Tumbuk di Tanjung Sepat, Sepang.

Lau menyalahkan BN terutama UMNO yang dituduh mempolitikkan pelaksanaan projek ladang ternakan babi sehingga menyebabkannya tertangguh.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di luar dewan, beliau berkata, Lau sepatutnya mengajukan soalan mengenai isu penternakan babi moden kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bukannya BN.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.