ADUN DAP Datuk Keramat rayu bantuan kerajaan persekutuan atasi banjir - pakdin.my

20161001-lge-banjir

GEORGETOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Datuk Keramat, dari DAP Jagdeep Singh Deo berharap kerajaan persekutuan akan menyalurkan bantuan segera untuk menangani masalah banjir kilat di kawasan diwakilinya itu.

Beliau berkata, keseluruhan kerja untuk mengatasi masalah itu akan menelan kos kira-kira RM654 juta termasuk RM333 juta untuk meningkatkan kualiti air Sungai Pinang.
“Kami berharap kerajaan persekutuan dapat menyalurkan peruntukan kepada kami RM321 juta untuk kerja mitigasi terlebih dahulu, kerana ia merupakan bahagian paling penting untuk mengatasi isu banjir kilat di sini,” kata Jagdeep, yang juga pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri pada sidang media di sini hari ini.

Dalam kawasan Datuk Keramat iaitu Kampung Dodol, Kampung Hasyim Yahaya, Jalan Perak dan Jalan P. Ramlee merupakan kawasan rendah yang dikenal pasti sering dilanda banjir sejak sekian lama. Berikutan musim hujan sudah bermula, kawasan berkenaan telah dua kali dilanda banjir kilat pada bulan ini.

https://pakdin.my/banjir-masalah-tempat-sendiri-tak-boleh-selesai-pakatun-dap-nak-selesai-masalah-banjir-negeri-lain/

UTAMAPOLITIKADUN DAP Datuk Keramat rayu bantuan kerajaan persekutuan atasi banjir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium