ADUN DAP Sungai Puyu Juga EXCO Kerajaan DAP Pulau Pinang Ditahan SPRM - pakdin.my

KETELUSAN pentadbiran DAP di Pulau Pinang rupa-rupanya retorik semata-mata. Apa yang mereka ucap dan perlaksanaan tidak pernah selari. DAP Pulau Pinang sedang bergelut dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai bagi membantu siasatan berhubung operasi sebuah kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti di sini.

Boon Poh ditahan ketika hadir di ibu pejabat SPRM kira-kira pukul 2.45 petang tadi bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes itu dan dijangka direman di Mahkamah Sesyen di sini pagi esok.

Dalam pada itu, peguamnya, R.S.N Rayer berkata, pihaknya ketika ini masih tidak mendapat maklumat jelas berhubung penahanan Boon Poh serta tuduhan yang dikenakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu berkenaan.

UTAMABERITAADUN DAP Sungai Puyu Juga EXCO Kerajaan DAP Pulau Pinang Ditahan SPRM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium