30.1 C
Kuala Lumpur
Monday, January 25, 2021

ADUN DAP Tronoh dituduh rogol pembantu rumah

POLIS hari ini mengesahkan seorang Exco Kerajaan Negeri Perak sedang disiasat kerana disyaki merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.

Difahamkan mangsa tampil membuat laporan polis semalam selepas dipercayai dirogol di kediaman lelaki itu di Meru, Ipoh.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Asisten Komisioner Choo Lily mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Ya… kita sudah menerima laporan polis yang dibuat mangsa semalam dan siasatan kini sedang dijalankan.

“Buat masa ini belum ada tangkapan namun suspek akan ditahan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dakwaan ‘rogol’ pembantu rumah: Polis siasat exco Perak
https://pakdin.my/dakwaan-rogol-pembantu-rumah-polis-siasat-exco-perak/

Berita Berkaitan

Komen

Leave a Reply to Khalis Zafri Membatalkan balasan

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.