Adun Kuala Kubu Bharu nafi tinggalkan DAP untuk jatuhkan PH Selangor - pakdin.my

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Bharu menafikan dakwaan bakal mengikut jejak langkah Adun Sementa dari PKR Dr Daroyah Alwi yang keluar parti dan menyokong Perikatan Nasional (PN).

Lee Kee Hiong berkata dirinya berikrar akan terus setia kepada DAP, Pakatan Harapan (PH) dan rakyat.

“Saya diberi mandat oleh rakyat di bawah PH dan saya tidak akan khianati mandat rakyat,” catatnya di Twitter.

Baru-baru ini tular senarai 32 nama Adun Selangor, termasuk dari Barisan Nasional (BN) dan Parti Amanah Negara (Amanah), yang didakwa akan menyokong PN untuk menumbangkan kerajaan dikuasai PKR dan DAP, sekaligus membentuk kerajaan baru di negeri itu.

Selain Lee, antara nama yang tersenarai adalah Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong dan V Ganabatirau (Kota Kemuning).

Katanya senarai nama itu adalah palsu dan tidak sahih.

“Hentikan segala perbuatan fitnah dan cubaan merampas kuasa kerajaan PH Selangor melalui pintu belakang,” tambahnya.

Sabtu lalu Dr Daroyah mengumumkan keluar PKR selepas hilang kepercayaan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isytihar diri wakil rakyat Bebas, bekas Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat itu berkata akan ada ramai lagi pemimpin dari Selangor yang akan mengikut jejak langkahnya tidak lama lagi.

UTAMAPOLITIKAdun Kuala Kubu Bharu nafi tinggalkan DAP untuk jatuhkan PH Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium