26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Adun Matunggong Letak Jawatan Naib Pengerusi 1 PKR Sabah – video

JelaniHamdanmatunggong0811

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Datuk Jelani Hamdan sebentar tadi mengisytiharkan meletak jawatan sebagai Naib Pengerusi PKR Sabah berkuat kuasa serta merta hari ini.


Beliau mengumumkan perkara itu dalam sidang media di sini, sebentar tadi.

Jelani memberi alasan tidak boleh bekerjasama dengan pemimpin Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah terutama Pengerusinya, Datuk Lajim Ukin dan kegagalan parti itu mengamalkan pemberian autonomi kepada rakyat Sabah seperti dijanjikan parti itu.


Beliau juga menolak dakwaan tindakannya itu didalangi oleh Barisan Nasional (BN) dan pemimpinnya termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seperti didakwa pelbagai pihak. Jelani juga tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan parti baru dalam masa terdekat dan meneruskan perjuangan untuk rakyat menerusinya.


 

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan