Adun PAS turut dicalonkan ganti Khalid? - pakdin.my

Iskandar Samad

Ketika PKR dan DAP sudah menyerahkan nama yang dicalonkan mereka sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan penyandang Tan Sri Khalid Ibrahim, PAS masih berteka teki siapa pilihan parti itu.

Bagaimanapun, menjelang tempoh akhir menyerahkan nama calon menteri besar kepada Istana Selangor, PAS negeri sudah memutuskan beberapa nama dikalangan Adun Pakatan Rakyat (PKR) bagi mengisi jawatan berkenaan.

Difahamkan, Nama tiga Adun PAS Selangor turut disebut-sebut dihantar kepada PAS Pusat bagi diputuskan pimpinan parti.

Mereka adalah Adun Cempaka yang juga Pesuruhjaya PAS negeri Iskandar Abd Samad, Exco yang juga Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Khairi serta Adun Meru Dr Rani Osman.

Namun, PAS Pusat sebelum ini mencadangkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamad Azmin Ali bagi dicalonkan ke jawatan tersebut.

Ini selaras dengan konsensus PR bahawa kerusi menteri besar Selangor dikhususkan kepada PKR.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, surat nama calon menteri besar telah dipersembahkan kepada istana semalam.

Ketua DAP Selangor Tony Pua pula berkata mereka menghantar pencalonan hari ini walaupun tarikh akhir berbuat demikian sehingga esok.

Beliau mengesahkan PKR dan DAP hanya mencalonkan satu nama, iaitu Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang, seperti dipersetujui sebelum ini.

PAS Pusat pula akan menghantar nama kepada istana esok.

Pada 26 Ogos lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan peletakan jawatan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sehingga menteri besar baharu dilantik.

Baginda meminta semua parti dalam PR menamakan lebih dua calon sebagai menteri besar dengan tarikh akhir nama-nama itu mestilah dihantar esok.

UTAMAPOLITIKAdun PAS turut dicalonkan ganti Khalid?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium