26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

ADUN pembangkang Kedah pula dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan

jemaah_pemangku_sultan_kedah_panggil_adun_pembangkang

ALOR SETAR: Selepas 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Kedah, kini giliran ADUN pembangkang negeri pula dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Berdasarkan maklumat, 15 ADUN daripada pembangkang menerima jemputan untuk menghadap tiga anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah diketuai Tunku Temenggong, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman, esok petang.

Berdasarkan jemputan, semua ADUN terbabit diminta menghadap jam 2.30 petang esok, dengan jemputan diterima sama ada melalui panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri, petang tadi.

Selain lapan ADUN PAS, turut dipanggil menghadap adalah dua ADUN DAP, empat ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang ADUN mewakili AMANAH.

ADUN Tokai, Datuk Mohamed Taulan Rasul, yang dihubungi mengesahkan menerima panggilan daripada pejabat SUK pada jam 5.30 petang tadi.

“Insya-Allah, saya datang esok, mereka hubungi dan SMS saya petang tadi..namun, kita akan buat perbincangan dulu untuk dapatkan ‘stand’ (pendirian) malam ini,” katanya.

Selain itu, ADUN Anak Bukit yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Amiruddin Hamzah, turut mengesahkan menerima jemputan berkenaan.

Beliau yang kini berada di luar negara bagaimanapun tidak menjawab lebih lanjut ketika ditanya sama ada akan turut serta dalam perjumpaan itu.

ADUN Kota Darulaman dari DAP, Teoh Boon Kok, ketika dihubungi turut mengakui menerima jemputan terbabit, namun enggan mengulas lanjut.

Satu-satunya wakil AMANAH, yang juga ADUN Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, berkata pihak SUK tidak memaklumkan lebih lanjut berhubung pertemuan itu ketika menghubunginya.

Beliau berkata, pihak SUK hanya meminta supaya semua ADUN pembangkang hadir menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah, esok.

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan