ADUN pembangkang Kedah pula dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan - pakdin.my

jemaah_pemangku_sultan_kedah_panggil_adun_pembangkang

ALOR SETAR: Selepas 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Kedah, kini giliran ADUN pembangkang negeri pula dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Berdasarkan maklumat, 15 ADUN daripada pembangkang menerima jemputan untuk menghadap tiga anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah diketuai Tunku Temenggong, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman, esok petang.

Berdasarkan jemputan, semua ADUN terbabit diminta menghadap jam 2.30 petang esok, dengan jemputan diterima sama ada melalui panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri, petang tadi.

Selain lapan ADUN PAS, turut dipanggil menghadap adalah dua ADUN DAP, empat ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang ADUN mewakili AMANAH.

ADUN Tokai, Datuk Mohamed Taulan Rasul, yang dihubungi mengesahkan menerima panggilan daripada pejabat SUK pada jam 5.30 petang tadi.

“Insya-Allah, saya datang esok, mereka hubungi dan SMS saya petang tadi..namun, kita akan buat perbincangan dulu untuk dapatkan ‘stand’ (pendirian) malam ini,” katanya.

Selain itu, ADUN Anak Bukit yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Amiruddin Hamzah, turut mengesahkan menerima jemputan berkenaan.

Beliau yang kini berada di luar negara bagaimanapun tidak menjawab lebih lanjut ketika ditanya sama ada akan turut serta dalam perjumpaan itu.

ADUN Kota Darulaman dari DAP, Teoh Boon Kok, ketika dihubungi turut mengakui menerima jemputan terbabit, namun enggan mengulas lanjut.

Satu-satunya wakil AMANAH, yang juga ADUN Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, berkata pihak SUK tidak memaklumkan lebih lanjut berhubung pertemuan itu ketika menghubunginya.

Beliau berkata, pihak SUK hanya meminta supaya semua ADUN pembangkang hadir menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah, esok.

UTAMAPOLITIKADUN pembangkang Kedah pula dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium