ADUN Penaga Buat Laporan Polis Terhadap Lim Guan Eng - pakdin.my

GEORGE TOWN — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Penaga, Datuk Azhar Ibrahim pada Khamis membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung kenyataan yang didakwa berbaur perkauman dan hasutan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Isnin lepas.

Azhar berkata kenyataan Lim menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat dan boleh berlaku perbalahan kaum serta mengancam keharmonian negara.

“Saya buat laporan polis hari ini atas nama ADUN Penaga dan saya mahu polis menyiasat kenyataan yang telah dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang kerana ia merupakan satu hasutan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Lebuh Pantai di sini.

Yang turut hadir peguam Azhar, Abu Bakar Sidek dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir dan ADUN-ADUN Umno.

Lim sebelum ini dipetik sebagai berkata: “Sekiranya Umno kembali berkuasa, saya rasa semua kuil Hindu terancam”.

UTAMABERITAADUN Penaga Buat Laporan Polis Terhadap Lim Guan Eng

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium