ADUN PKR menangis dalam sidang DUN – Dakwa kerajaan DAP abaikan kawasan beliau (video) - pakdin.my

Janngan lupa subscribe

PULAU PINANG  – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini dikejutkan dengan tangisan Dr. Norela Ariffin (PKR-Penanti) yang kecewa kerana Kerajaan DAP Pulau Pinang mengabaikan kawasannya.

Norela berkata, beliau berasa sedih kerana kerajaan negeri tidak mahu memahami masalah yang dihadapi oleh penduduk di 28 kampung dalam DUN Penanti yang tersepit kerana tiada kemudahan asas.

Katanya, setiap soalan yang ditanya dalam DUN sejak Isnin lalu tidak dijawab malahan ditolak oleh satu Exco kepada Exco lain.

“Saya buang masa hampir sejam menunggu jawapan. Tahukah kerajaan negeri bahawa saya membawa suara orang kampung yang mana di kawasan kami tidak ada kemudahan seperti di kawasan lain?” kata­nya yang menangis teresak-esak dan ditenangkan Lydia Ong Kok Fooi (DAP-Berapit).

Norela berkata, DAP sebagai parti demokratik sosialis seharusnya memahami masalah rakyat bawahan dan penduduk kampung, namun perkara itu tidak berlaku di Penanti.

“Apa yang saya hendak cakap kepada orang kampung, masalah banjir lumpur yang tidak diselesaikan, masalah kilang haram, jeti yang tidak dilengkapi kemudahan asas sehingga gagal digunakan nelayan… saya bawa suara orang kampung, kenapa kerajaan negeri tidak mahu faham, mengabaikan Penanti,” tegasnya.

Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) kemudian bangkit menyatakan sokongan kepada Norela sambil mendakwa itulah realiti sebenar yang dihadapi penduduk di negeri ini di bawah pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Sokongan Roslan itu menyebabkan wakil penyokong kerajaan ne­geri lain berang dan berlaku pertengkaran sehingga terpaksa ditenangkan oleh Timbalan Spea­ker, Datuk Makhtar Shapee.

Kritikan keras Norela terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang turut tidak disenangi oleh Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim.

Abdul Malik (PKR-Batu Maung) berkata, tuduhan Norela tidak adil kerana Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyebut terdapat peruntukan disalurkan kepada Permatang Pauh.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd. Rashid Hasnor (PKR-Pantai Jerejak) turut campur tangan apabila meminta Abdul Malik bertenang dan menurutnya, masalah yang diutarakan Norela perlu dibincang secara mendalam.

Norela yang masih gagal mengawal emosi kemudian bangkit menyanggah Abdul Malik dengan mendakwa semua peruntukan yang disebut itu bukan disalurkan kepada kawasannya sebaliknya untuk DUN Permatang Pasir dan Seberang Jaya.

“Tahukah bahawa penduduk kampung di sana terperangkap disebabkan kekurangan infrastruktur di kawasan berkenaan? Kami terpinggir, tiada pengangkutan awam serta kemudahan mesin pengeluaran automatik (ATM),” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Law Heng Kiang (DAP-Batu Lancang) yang berbahas sebelum itu menjelaskan isu infrastruktur yang dibangkitkan Norela bukan berada di bawah bidang kuasanya walaupun soalan asal yang dikemukakan adalah berkaitan perancangan rumah inap desa di Penanti.

R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima) kemudian turut masuk campur dengan mengatakan sidang DUN bukan hanya untuk membincangkan masalah di Penanti dan Berapit sahaja.

UTAMAPOLITIKADUN PKR menangis dalam sidang DUN - Dakwa kerajaan DAP abaikan kawasan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium