26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Adun PKR Persoal Bajet P.Pinang Gagal Beri Peruntukan Untuk Kawasan Perkampungan

dun-pulau-pinang

Anggota Dewan Undangan Negeri daripada PKR Dr Norlela Ariffin hari ini mempersoalkan Bajet 2016 kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang yang tidak memberi peruntukan kepada kawasan perkampungan untuk mewujudkan produk pelancongan baharu.
Dr Norlela (PKR-Penanti) berkata dalam Bajet 2016 yang dibentang Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 6 Nov lepas, sebanyak RM31.93 juta diperuntukkan untuk produk pelancongan di kawasan George Town dan bahagian pulau negeri ini.
Beliau turut mempersoalkan sama ada kerajaan Pakatan Harapan yang sebelum ini Pakatan Rakyat benar-benar melaksanakan janji untuk memperjuangkan nasib golongan yang tertindas dan paling memerlukan di negeri ini.
“Jika ya, Bajet 2016 perlu mencerminkan belanjawan yang memperjuangkan nasib golongan yang paling memerlukan dan bajet yang dapat bantu kawasan yang paling memerlukan,” katanya ketika membahaskan Bajet 2016 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini Isnin.
Beliau berkata kerajaan negeri mengiktiraf dan mempromosi industri inap desa sebagai produk pelancongan di negeri ini namun dalam Bajet 2016 langsung tidak memberi peruntukan untuk program inap desa khususnya di kawasan kampung.
“Bajet 2016 ini tidak nampak peruntukan yang jelas untuk pembangunan pelancongan kampung, homestay (inap desa) dan sungai tetapi hanya tertumpu kepada pelancongan di kawasan bandar,” katanya.
Dr Norlela berkata kawasan kampung seperti di Penanti tidak harus diabaikan oleh kerajaan negeri kerana ia juga mempunyai potensi untuk menjana pertumbuhan ekonomi.
Beliau berkata kerajaan negeri harus memberi lebih perhatian kepada pembangunan perkampungan dengan membina lebih banyak infrastruktur seperti jalan, parit dan dewan orang ramai.
Luahan Norlela itu turut mendapat sokongan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar) yang memahami masalah dihadapi wakil rakyat PKR itu.
Jahara berkata masalah banjir di Penanti berlaku sejak sekian lama dan masih gagal diatasi kerajaan negeri sehingga kini.

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan