ADUN Semenyih meninggal dunia - pakdin.my

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada jam 4.45 pagi tadi akibat serangan jantung.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah, berkata jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga di Batu 19, Jalan Sungai Lalang, Semenyih, dan akan disembahyangkan selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih.

Jenazah kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham Bakhtiar. Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan di kalangan golongan yang soleh. Al Fatihah,” katanya.

Bakhtiar Mohd Noor, daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), menjadi wakil rakyat di Semenyih selama lapan bulan selepas mengalahkan penyandang kerusi, Datuk Johan Abd Aziz, daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei tahun lalu dengan majoriti 8,964 undi.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Bersatu Hulu Langat memperoleh 23,428 undi.

UTAMABERITAADUN Semenyih meninggal dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium