Adun Seri Setia ,Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia - pakdin.my

Adun Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada 6.28 petang ini.

Setiausaha Politik kepada menteri besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata, jenazah Shaharuddin akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Desa Pinggiran Putra, Kajang, selepas solat Maghrib dan disembahyangkan di Masjid Kampung Limau Manis, pagi esok.

“Jenazah Allahyarham kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Limau Manis,” katanya dalam satu kenyataan.

“Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan yang soleh. Al Fatihah.”

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil turut mewakili parti itu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga naib presiden PKR itu.

Shaharuddin dilaporkan menghidap kanser kolon.

Kelmarin, keluarga Shaharuddin menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang exco Selangor itu sedang kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di ibu kota.

Setiausaha kanan Shaharuddin, Zafrullah Aris dilaporkan berkata, Shaharuddin bercuti sebulan selepas menjalani rawatan, sebelum kembali bertugas semula.

UTAMABERITAAdun Seri Setia ,Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium