33.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

AG dapat kebenaran mulakan prosiding komital pada Lim

lim guan eng rasuah di cekup sprm

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding komital (menghina mahkamah)  terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung kenyataannya berkaitan kes rasuah yang dihadapinya.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu di dalam kamarnya hari ini selepas mendengar penghujahan oleh Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh yang mewakili Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Tiga lagi Peguam Kanan Persekutuan yang hadir ialah Suzana Atan, Shamsul Bolhassan dan Alice Yoke.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Amarjeet Singh berkata mahkamah memberi kebenaran kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Lim atas dakwaan bahawa beliau telah mengaibkan mahkamah dan campur tangan dalam pentadbiran keadilan.

“Ia berkaitan kenyataan tertentu yang dibuat Lim menerusi kenyataan akhbar selepas beliau didakwa di mahkamah yang kemudian disiarkan dalam media sosial,” katanya, dan menambah, bahawa beliau akan memfailkan dokumen mahkamah berhubung prosiding komital terhadap Lim dalam tempoh dua minggu.

Peguam Negara selaku plaintif memfailkan saman pemula sebelah pihak pada 18 Ogos lepas dengan menamakan Lim sebagai defendan.

Dalam saman itu, Peguam Negara memohon kebenaran untuk perintah komital terhadap Lim supaya dikomitkan ke penjara kerana melakukan penghinaan mahkamah (prosiding komital) dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan di media cetak dan/atau media sosial yang akan menggugat pentadbiran keadilan, mengikis keyakinan awam terhadap sistem kehakiman serta menghina maruah dan integriti sistem mahkamah.

Peguam Negara turut memohon kos, dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Saman itu dikemukakan atas alasan Peguam Negara sebagai penjaga kepentingan awam dan demi kepentingan keadilan sentiasa memastikan integriti badan kehakiman dan sistem keadilan di negara ini kekal terpelihara dan tidak dicemuh, dimalukan dan dihina sewenang-wenangnya sehingga mewujudkan suatu ketidakpastian mengenai penentuan kes secara adil dan saksama.

Permohonan itu dibuat bagi memastikan bahawa sebarang perbuatan yang bersifat menghina mahkamah dan hakim-hakimnya serta pentadbiran keadilan tidak seharusnya dibiarkan bebas berlaku begitu sahaja.

Selain itu, Peguam Negara berkata pemeliharaan dan kepercayaan orang awam terhadap sistem keadilan Malaysia perlu dipertahankan lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana suatu kes sedang dalam tindakan di mahkamah.

Menurutnya, kenyataan-kenyataan oleh Lim semasa sidang akhbar selepas pelancaran ‘Simposium Dr Wu Lian Teh’ oleh Penang Institut di Jalan Brown, George Town Penang yang menyatakan bahawa pertuduhan terhadap anggota Parlimen Bagan itu adalah konspirasi dan bahawa Lim akan dipenjarakan, dibaca secara keseluruhan membawa maksud jelas bahawa mahkamah turut terlibat dalam konspirasi yang didakwa akan memenjarakannya di atas ‘tuduhan rasuah yang direka-reka.’

Pada 30 Jun lepas, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Kes Lim itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 30 Sept.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan