Statistik Corona

Malaysia
2,097,830
Confirmed
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am
Malaysia
1,863,919
Recovered
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am
Malaysia
210,468
Active
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am
Malaysia
23,443
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,190,763
Confirmed
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am
Indonesia
3,989,326
Recovered
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am
Indonesia
140,468
Deaths
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am

Thailand

Thailand
1,489,186
Confirmed
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am
Thailand
1,341,144
Recovered
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am
Thailand
15,469
Deaths
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am

Global

All countries
229,299,617
Confirmed
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am
All countries
204,217,784
Recovered
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am
All countries
4,705,630
Deaths
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am

Agenda pembaharuan, Ahli Parlimen persoal keikhlasan Muhyiddin

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menuduh Muhyiddin Yassin berpura-pura ketika bercakap mengenai pembaharuan dengan berkata, ini ditunjukkan dalam kegagalannya menegaskan agenda melalui kenyataan sokongan Perikatan Nasional (PN) kepada Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi perdana menteri.

Dalam kenyataan itu Muhyiddin berkata, sesiapa yang berdepan perbicaraan tidak patut berada dalam Jemaah Menteri. Merujuk kepada kenyataan itu, Santiago berkata, jelas bekas perdana menteri itu hanya mahu menghalang mereka yang menjatuhkannya daripada memegang jawatan menteri.

“Jika beliau benar-benar komited terhadap pembaharuan, beliau sudah melaksanakannya dalam hari-hari terakhirnya memegang kuasa, sebagai syarat sokongan PN,” kata Santiago.

“Lagipun, PN ada 50 Ahli Parlimen, justeru Umno perlukan sokongannya agar Ismail dapat menjadi perdana menteri”.

Pada 13 Ogos, Muhyiddin menawarkan kepada semua parti satu rangka kerjasama bipartisan dengan mencadangkan beberapa pembaharuan.

Antaranya ialah peruntukan sama rata bagi semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti politik, pembentangan rang undang-undang antilompat parti dan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal.

Pihak pembangkang dan Umno menolak tawaran itu dan ia menjurus kepada peletakan jawatannya.

Ada pihak yang mengkritik pembangkang kerana tidak memanfaatkan situasi itu, namun Santiago, daripada DAP, percaya tindakan itu tepat.

Beliau mengakui bahawa cadangan itu menarik tetapi berkata, kegagalan Muhyiddin menunjukkan komitmen terhadap pembaharuan sejak zamannya dalam Pakatan Harapan (PH) tidak meyakinkan pihak pembangkang bahawa Muhyiddin akan menepati janjinya.

“Bahkan sekutunya dalam Umno dan PAS mengkritik cadangannya dan menurut beberapa laporan, mereka terkejut (dengan cadangan Muhyiddin).

“Secara asasnya, agenda pembaharuan ini tidak berkesan dari mula,” katanya.

Santiago berkata, kerajaan pimpinan Muhyiddin, yang mempunyai kuasa darurat selama enam bulan, bukan sahaja gagal menangani krisis ekonomi dan kesihatan, malah menyekat demokrasi dan mencabul hak sivil “seperti yang dilaporkan dalam laporan tahunan Human Rights Watch untuk 2020”.

Berkaitan