Agenda penyatuan ummah UMNO, Pas lebih penting

Orang Melayu tidak perlu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana parti terbesar bangsa itu hanya UMNO dan Pas.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, agenda Ta’awun Siyasi UMNO dan Pas jauh lebih penting untuk penyatuan ummah dan melampaui kepentingan politik.

“Org #Melayu tidak perlu ke PPBM. Parti terbesar Melayu hanya UMNO & PAS. Agenda Ta’awun Siyasi #UMNO-#PAS jauh lebih penting untuk penyatuan ummah & melampaui kepentingan politik,” katanya menerusi akaun Facebooknya.

Kenyataan itu sebagai respons pelawaan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada semua parti Melayu agar menyertai Bersatu dalam usaha menyatu padu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu.

Pengerusi Bersatu itu berkata, kewujudan semakin banyak parti politik Melayu menyebabkan potensi untuk mereka menang dalam pilihan raya semakin tipis.

Kata Dr Mahathir, kalau dahulu, cuma ada satu sahaja parti yang mewakili orang Melayu iaitu UMNO tetapi kerana tamak untuk mendapatkan tempat, maka hari ini orang Melayu berpecah kepada enam parti.

4 KOMEN

  1. Comments

    comments

  2. Ingat AHLI2 PAS & UMNO.
    Jangan sesekali meminjamkn TONGKAT BANGSA MELAYU KEPADA MADEY.
    Sebab TONGKAT org2 Melayu terlalu exclusives hanya utk bangsa Melayu bukan kepada Melayu pengkhianat bangsa Melayu..

    Biarkn dia merayu, biar dia meletakkn harga yg tinggi , biar dia merangkak. Jangan dilayan, jgn dipandang dn jgn disimpati…

    Tapi kalau KJ nak simpati kt dia, itu ko punya hal la bro…

Comments are closed.