26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

AGENDA PERIBADI ANWAR TAKUTKAN KIT SIANG

anwar-kit-siang

Inilah yang memeningkan kepada pemimpin pembangkang seperti Kit Siang dan Abdul Hadi Awang.

Anwar telah diberi mandat untuk menjadi pemimpin de facto pakatan pembangkang tetapi skandal demi skandal yang melanda dirinya serta percakaran teruk antara pemimpin-pemimpin PKR sendiri menyerlahkan ketidak mampuan beliau sebagai seorang pemimpin yang boleh diharapkan menawan Putrajaya.

Pertama peribadi dan personaliti Anwar sendiri sudah tercalar apabila beliau gagal untuk menunaikan janji kepada pengungi yang menyokong pembangkang pada PRU13 lalu untuk menjadi perdana menteri.

Pengundi Cina khususnya amat kecewa dengan kegagalan Anwar dan sedikit demi sedikit mereka mulai sedar akan kesilapan mereka terlalu mempercayai beliau.


Dalam usaha cuba untuk menutup kegagalan dan kelemahan beliau, Anwar merancang strategi untuk menjadi menteri besar Selangor pula.

Ini seperti impian seorang yang hendak menjadi doktor, tetapi apabila cita-cita tidak tercapai, puas sudah hati sekadar menjadi jururawat atau pembantu perubatan.

Begitulah dilema yang dihadapi Anwar hasil daripada ketamakan kuasa dan teringin sangat menjadi pemimpin nombor satu negara walau apa pun rintangan yang datang.

Jika Anwar sanggup berbuat apa saja termasuk bersekongkol dengan parti rasis Dap kerana idamkan menjadi perdana menteri, beliau juga rela melakukan perkara yang sama untuk menjadi menteri besar.

Keadaan politik yang boleh di katakan stabil di Selangor kerana pembangkang memenangi majoriti pertiga yang besar telah diporak perandakan oleh Anwar kerana hendak menggantikan Khalid Ibrahim.

Tidak semena-mena pilihan raya kecil Kajang terpaksa di adakan dan Adun PKR C.C. Lee yang baru memegang jawatan itu selama lapan bulan terpaksa mengundur diri.

Lee yang berusia awal 30an dikorbankan kerana Anwar yang sudah 67 tahun dan lanjut usia masih ingat beliau popular dan gagah dalam arean politik.


Sudah Adun Kajang ditendang keluar, kini Khalid pula di letak jawatan kerana hendak memenuhi nafsu Anwar yang tidak ada batasnya.

Samada ini akan berlaku atau sebaliknya bergantung kepada kuasa penentu Sultan Selangor.

Walaupun menang tidak semestinya sultan merestui perlantikannya sebagai menteri besar baru.

Jika belaiu menang tidak semestinya Khalid akan tunduk kepada kehendak Anwar.

Ini jelas dalam perjanjian persefahaman antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri berhubung isu pengambil alihan empat aset ais di Selangor.

Khalid tidak memaklum atau berbincang pun dengan Anwar mengenai rancangannya untuk menandatangani MoU tersebut.


Mana tidaknya, Khalid tidak perlu merujuk kepada Anwar yang setakat menjadi penasihat ekonomi bergaji RM1.

Malahan barisan exco negeri juga tidak mengetahui perancangan Khalid hingga ke saat akhir MoU di meterai.

Keadaan ini sudah cukup menjelaskan pendirian dan sikap Khalia yang independen dan tidak suka dikongkong oleh Anwar atau mana-mana pihak.

Inilah yang merisaukan Kit Siang kerana kepentingan Anwar amat menyerlah dalam pakatan pembangkang.

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

Agong isytihar Batu Sapi darurat, PRK batal

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darurat...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...