Agensi Anti Keganasan Telah Dimaklumkan – Hishammuddin #PRAYFORMH370 - pakdin.my

tmp_Hishamuddin-siasat-kautan-pengganas-1522139720

SEPANG: Malaysia telah memaklumkan agensi anti pengganas dari negara terbabit berikutan laporan beberapa individu yang menaiki pesawat MH370 yang hilang awal pagi Sabtu menggunakan pasport yang dicuri.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Malaysia akan bekerjasama dengan agensi perisikan termasuk Biro Siasatan persekutuan (FBI) Amerika Syarikat mengenai perkara ini.

“Sekiranya ia satu rangkaian antarabangsa, Jabatan Imigresen Malaysia sendiri tidak mencukupi.

“Kami turut memaklumkan unit anit keganasan di semua negara berkaitan.

“Pada tahap ini, kami tidak menemui sekiranya tesawrdapat ancaman keselamatan dan kita tidak mahu membuat kesimpulan,” katanya ketika ditanya sama ada berlaku rampasan pesawat atau wujud unsur keganasan disebalik misteri kehilangan pesawat tersebut.

Mengulas mengenai dua individu yang menaiki pesawat tersebut menggunakan pasport yang dilaporkan hilang oleh warga Itali dan Austria, Hishammuddin berkata pihak berkuasa akan meneliti keseluruhan manifes di dalam pesawat tersebut.

Ini termasuk siasatan terhadap empat nama yang meragukan dalam senarai penumpang, katanya.

UTAMABERITAAgensi Anti Keganasan Telah Dimaklumkan - Hishammuddin #PRAYFORMH370

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium