Agensi penarafan antarabangsa FITCH tidak yakin dengan unjuran rejim PH - pakdin.my

Sejak Belanjawan dibentangkan Jumaat lepas, saya lihat belum ada media yang berani melaporkan apa yang agensi antarabangsa Fitch katakan semalam.

BACA sini: Malaysia’s 2019 Budget: Reliance On Oil Revenues Poses Risks To Fiscal Consolidation
https://www.fitchsolutions.com/country-risk-sovereigns/economics/malaysias-2019-budget-reliance-oil-revenues-poses-risks-fiscal-consolidation-05-11-2018

Tidak mengapa lah, biar saya tolong ceritakan.

Fitch kata;

1) Kebergantungan Belanjawan 2019 kepada hasil minyak menimbulkan risiko kepada konsolidasi fiskal.

2) Unjuran pertumbuhan KDNK sebenar oleh Kerajaan pada kadar 4.9% untuk 2019 adalah terlalu optimistik

3) Meskipun Kerajaan telah umumkan pelan untuk mengurangkan defisit bajet 2019 kepada 3.4% daripada KDNK, mereka masih kekalkan ramalan pada kadar 3.7%

4) Fitch sendiri meramalkan pertumbuhan sebenar KDNK pada kadar 4.4% bagi tempoh antara 2019 dan 2021, lebih rendah daripada unjuran kerajaan.

5) Ekonomi kita berdepan dengan kelembapan, terdedah kepada kejutan dalam persekitaran luaran yang semakin tidak menentu

Fitch kata, bukan Najib Razak. Walaupun saya telah memberi amaran dan analisis sama beberapa bulan ini.

Dalam bahasa mudahnya, Kerajaan PH cuba beri gambaran semuanya okay, tapi sebenarnya hasil “kecekapan” mereka uruskan negara, keadaan negara dan ekonomi kita semakin teruk.

Fenomena “jika Najib Razak turun maka semuanya bertambah kukuh” satu pembohongan dan tidak benar sama sekali.

Yang kukuh cuma gaji RM berjuta menteri-menteri hari ini.

Sumber:
Facebook Najib Razak

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/penarafan/
https://pakdin.my/tag/fitch-rating/

UTAMAEKONOMIAgensi penarafan antarabangsa FITCH tidak yakin dengan unjuran rejim PH

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium