‘Agi Idup Agi Ngelaban’ harus jadi pembakar semangat: Fadillah - pakdin.my

Fadillah melawat KanangKUCHING: Semangat juang ‘Agi Idup Agi Ngelaban’ wira negara, mendiang Temenggung Datuk Kanang Langkau patut menjadi pembakar semangat masyarakat khususnya generasi muda masa kini.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Datuk Fadillah Yusof berkata, ia untuk meneruskan perjuangan pada masa kini, walaupun bukan dalam keadaan peperangan.

“Namun, kita sebenarnya dalam keadaan berjuang untuk memastikan negara kita terus maju, semangat kemerdekaan itu dipelihara dan perpaduan melalui pertumpahan darah perjuangan mereka yang terdahulu harus menjadi pegangan.

“Sebab wira kita ini berjuang mempertahankan negara tanpa mengira latar belakang agama dan kaum, malah perjuangan mereka ini memberikan kesenangan yang kita nikmati pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, semalam.

Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, semangat itu juga harus dipupuk di kalangan generasi muda agar menjadi bekalan pada masa akan datang.

“Ini adalah harapan saya khususnya kepada generasi pemuda dan pejuang-pejuang Pemuda khususnya BN untuk menyemarakkan semangat juang ini di kalangan anak-anak Sarawak,” tegas Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu.

Beliau menyifatkan Kanang bukan sahaja telah membuktikan semangat juang mempertahankan negara daripada komunis tetapi paling penting semangat yang ada pada wira kebanggaan negara itu.

Hari ini, mayat mendiang akan dibawa ke Dewan Suarah Kuching dari Kem Bukavu Penrissen dan antara tetamu kehormat yang dijangka memberi penghormatan terakhir ialah Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada jam 10.30 pagi.

UTAMABERITA‘Agi Idup Agi Ngelaban’ harus jadi pembakar semangat: Fadillah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium