Statistik Corona

Malaysia
2,442,224
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Malaysia
2,340,390
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Malaysia
73,258
Active
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Malaysia
28,576
Deaths
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm

Malaysia

Malaysia
2,442,224
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Malaysia
2,340,390
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Malaysia
28,576
Deaths
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm

Indonesia

Indonesia
4,241,090
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Indonesia
4,084,831
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Indonesia
143,270
Deaths
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm

Thailand

Thailand
1,875,315
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Thailand
1,758,297
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Thailand
18,922
Deaths
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm

Global

All countries
245,328,542
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
All countries
220,685,795
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
All countries
4,979,668
Deaths
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm

Agihan kerusi: Itu adalah hak dan hal dalaman PN… Tidak membabitkan BN – Shahril

Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan berpandangan soal pengagihan kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sepertimana yang diperkatakan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin adalah hak dan hal dalaman Perikatan Nasional (PN).

Jelas beliau tanpa terlalu egois, sebenarnya Barisan Nasional (BN) pun tidak pernah memohon untuk menjadi sebahagian perundingan bersama PN malah ketetapan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu ialah tidak akan bekerjasama dengan PPBM untuk PRU15.

“Itu adalah hak PN untuk buat dan tanpa saya bernada terlalu egois sebenarnya BN pun tidak pernah memohon untuk menjadi sebahagian daripada perundingan bersama dengan PN. Ketetapan yang mutlak dan jelas PAU (Perhimpunan Agung UMNO) yang mana ketetapan itu belum diubah iaitu kita tidak akan bekerjasama dengan PPBM untuk PRU-15.

“Jadi kita terikat kepada perkara tersebut. Justeru kalau PN nak bincang itu adalah pendirian dan hak mereka sepertimana pendirian dan hak BN untuk melaksanakan ketetapan dan keputusan yang telah dibuat,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Memetik laporan, parti komponen PN telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan pembahagian kerusi yang akan ditandingi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRU15 dengan segera.

Muhyiddin dilaporkan berkata PN akan meneruskan rundingan pembahagian kerusi dan mengadakan mesyuarat mulai minggu hadapan walaupun masih tidak mendapat sebarang gambaran daripada UMNO atau BN.

Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia seterusnya menambah cumanya mungkin persoalan timbul dan memerlukan sedikit penjelasan daripada sahabat dalam Muafakat Nasional (MN) iaitu PAS berkaitan pendirian mereka setelah memasuki era pengagihan kerusi.

“Cuma di sini saya fikir mungkin perlu sedikit pencerahan adalah daripada sahabat kita dalam MN di mana selama ini kita melihat bahawa PAS tidak mahu memilih antara PN dan juga MN yang mana PAS menjadi anggota kedua-duanya. Saya fikir mungkin selama ini kedudukan itu tidaklah terlalu membawa sebarang isu yang kritikal tetapi bila masuk ke era pengagihan kerusi, saya rasa pendirian itu perlu dijelaskan secara hakiki… akan tiba satu ketika di mana persoalan yang mana satu yang nak diutamakan oleh pihak PAS.

“Saya selaku Ketua Penerangan UMNO… bukanlah tempat saya nak mengajar PAS apa keputusan yang mereka harus buat. Sekali lagi dengan penuh tanpa berbunyi egois itu adalah hak PAS dan kita hormat hak mereka, cumanya kalau boleh pendirian itu dijelaskan dan bukan lagi dalam satu situasi yang membawa kekeliruan kepada parti lain yang bersama dengan PAS baik dalam PN pun saya rasa ada yang keliru, baik dalam BN pun ada menunggu apa penjelasan.

“PN nak terus kan rundingan itu hak dia dan kita pun tidak pernah minta untuk bersama dalam itu tetapi persoalannya adalah sahabat kita PAS yang menganggotai kedua-duanya iaitu MN dan PN. Yang mana satu yang mereka nak utamakan apabila tiba pada saat untuk soal pengagihan kerusi,” ujarnya.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021