Agihan kerusi PH Selangor masih gagal

Kongsi:

Rundingan agihan kerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor dilaporkan masih gagal mencapai kata sepakat dan hanya akan diketahui pada hujung bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Kerusi PH negeri, Dr Xavier Jayakumar berkata sehingga kini, terdapat 15 hingga 20 lagi kerusi yang masih tidak diselesaikan daripada 56 kerusi DUN Selangor.

“Kita akan teruskan perundingan lagi lepas perayaan Tahun Baru Cina” katanya di Shah Alam selepas mesyuarat kali kedua hari ini.

Jelas ADUN Sri Andalas itu,keputusan berkenaan hanya akan dapat dibuat selepas wakil parti membincangkan perkara itu dengan parti masing masing.

Pada mesyuarat minggu lalu, PH berjaya menyelesaikan 35 kerusi yang dimenangi mereka pada PRU lepas tanpa penyertaan DAP.

PPBM Selangor bagaimanapun tidak bersetuju dengan pengumuman bahawa 35 daripada 56 kerusi di Selangor sudah diputuskan.

Ketua Penerangannya, Sallehudin Amiruddin dilaporkan tidak berpuas hati kerana 12 kerusi disandang UMNO yang ingin ditandingi parti itu didakwa diberikan kepada PKR.

Dalam PRU13, Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN negeri.

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.