24.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Agong nasihat jangan sebar berita palsu, bersama-sama tangani Covid-19

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihati rakyat Malaysia supaya jangan menyebar berita palsu berkaitan Covid-19.

“Rakyat juga jangan suka menyebar berita palsu.

“Paling penting jaga kebersihan diri, kerap basuh tangan, guna hand sanitizer dan pakai topeng serta amalkan penjarakan sosial.

“Marilah kita bersama memainkan peranan membantu membendung wabak ini,” titahnya dalam satu pengumuman berhubung Covid-19 yang disiarkan di Bernama malam ini.

Seri Paduka juga mengajak rakyat supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha menyekat penularan pandemik merbahaya itu.

Sultan Abdullah juga menyarankan rakyat tidak keluar rumah jika tidak ada keperluan penting.

“Saya juga meminta batalkan hasrat untuk balik kampung. Jangan berkumpul atau menghadiri sebarang aktiviti sosial di luar rumah,” titahnya.

Sultan Abdullah juga menasihati ibu bapa pengantin supaya menangguhkan majlis kenduri sehingga keadaan beransur pulih.

Seri Paduka menasihatkan rakyat jangan panik kerana bekalan barang keperluan dijamin cukup oleh kerajaan.

“Marilah kita bersama memainkan peranan membantu membendung wabak ini, Insya-Allah,” titah Yang di-Pertuan Agong.

Pada 16 Mac, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan selama 2 minggu bermula 18 Mac bagi menyekat penularan wabak tersebut.

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan