Ahli Farmasi Dakwa Telah Temui Penawar Denggi - pakdin.my

Dr A Krishnan penawar denggi

Tatkala negara berdepan dengan peningkatan kes denggi setiap tahun, seorang ahli farmasi mendakwa telah menemukan penawar bagi penyakit itu.

Perunding Farmasi dan pengasas Naturopathy Centre K Ananthan berkata beliau telah menemukan sejenis ‘arsenal’ untuk melindungi manusia daripada demam denggi.

Katanya menerusi penyelidikan beliau mendapati bahawa bijirin berasaskan makanan semulajadi dan rempah-ratus yang telah digunakan oleh manusia selama beribu-ribu tahun adalah ramuan penting untuk mencegah denggi.

Ananthan, yang mendakwa telah melakukan penyelidikan ke atas ubat-ubatan semulajadi dan alternatif selama lebih 10 tahun, berkata ramuan itu dapat meningkatkan sistem imun tubah untuk mencegah virus denggi daripada mendatangkan bahaya.

Katanya beliau telah mencipta satu formula yang menggabungkan 60 jenis ramuan dalam satu kapsul untuk meningkatkan sistem imun tubuh.

Ananthan berkata ramuan itu termasuk jintan manis, bunga cengkih, kayu manis, kunyit, kacang merah, kacang soya, kacang merah besar dan malt.

Katanya beliau membentangkan dapatannya itu kepada Kementerian Kesihatan dan Institut Penyelidikan Perubatan pada 2012 bagi dilakukan kajian susulan terhadap penyembuh semulajadi untuk demam denggi. Bagaimanapun, tiada kajian seumpama itu dijalankan.

Ananthan merupakan ahli farmasi dengan Kementerian Kesihatan dari 1976 hingga 1993.

Jawatan tertinggi dipegangnya dalam sektor awam ialah Timbalan Ketua Farmasi di Hospital Kuala Lumpur.

Menurut statistik Kementerian Kesihatan, dari Januari hingga 12 Sept 2015, jumlah kes denggi meningkat sebanyak 21.5 peratus kepada 85,488 daripada 70,337 pada 2014.

Jumlah kematian akibat denggi bagi tempoh sama meningkat kepada 234 daripada 133 pada 2014.

UTAMAAhli Farmasi Dakwa Telah Temui Penawar Denggi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium