Saturday - July 24, 2021 @ 22:25
POLITIKAhli Majlis Fatwa Masjidil Haram Tak Faham Politik

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram Tak Faham Politik

BUKAN kita ingin merendah-rendahkan pengetahuan agama Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi, Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram yang berkata bahawa fatwa undi parti masuk syurga sebagai satu fatwa sesat.   Kita menghormati ilmunya dan memandang tinggi akan pendapatnya.

Tetapi, kita harus faham bahawa Sheikh Sulaiman adalah seorang agamawan dan bukannya orang politik.   Oleh itu, walaupun beliau boleh memberi hujah berkenaan agama tetapi beliau tidak layak untuk memberi pandangan mengenai politik berdasarkan pengetahuan agama beliau.

Sebagai seorang agamawan yang berasal dari negara Arab yang mengamalkan pemerintahan beraja dan bukannya demokrasi, pastinya, pengetahuan Dr. Sulaiman mengenai politik amatlah cetek sekali.   Beliau tidak pernah didedahkan dengan propaganda, strategi dan taktik-taktik berhujah untuk menarik undi.    Beliau pastinya sukar untuk memahami bagaimana untuk mengamalkan Islam dalam politik atau politik dalam Islam.

Dalam negara demokrasi dan bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, politik dan agama tidak mungkin dapat dipisahkan.    Malah, Dr. Sulaiman sendiri seharusnya cukup maklum bahawa politik itu sendiri sebenarnya adalah terangkum dalam agama.

Cabaran yang perlu dihadapi oleh negara dengan lanskap politik seperti Malaysia adalah besar terutamanya dalam mendaulatkan Islam.  Kerana itu, di Indonesia juga kita melihat cara berpolitik yang sama di mana Islam dan politik tidak pernah dipisahkan tetapi bergerak seiring untuk memastikan kejayaan ummah di dunia dan di akhirat.

Untuk menghadapi cabaran ini, kadangkala PAS perlu menggunakan pendekatan drastik untuk memenangkan Islam.  Dengan itu fatwa bahawa undi PAS masuk syurga sebenarnya tidak salah dalam konteks politik kerana sudah ternyata bahawa UMNO bukanlah parti yang memperjuangkan Islam.

Logiknya, sudah tentulah hanya parti yang memperjuangkan Islam yang boleh membawa kita lebih dekat dengan syurga.   Dan ini bukan bermakna PAS memberikan janji kosong kepada ahli-ahlinya.

Ahli-ahli PAS juga harus faham bahawa sekiranya mereka berbuat maksiat dan kemungkaran maka mereka harus bertaubat dahulu jika ingin ke syurga.

Ertinya, mengundi PAS belum tentu lagi ke syurga jika kita melakukan kemungkaran, tetapi jika kita undi UMNO sudah hampir dijamin nerakanya.

Dengan ini, kita ingin menyeru agar UMNO berhenti menggunakan Ulama-ulama Arab yang tidak faham politik untuk berhujah bagi pihak mereka.  Sesungguhnya mereka itu tidak layak untuk berhujah mengenai agama dalam konteks politik kerana mereka tidak punya pengalaman dalam bidang politik.

Mursyidul Am PAS, Dato’ Seri Nik Aziz adalah antara segelintir Ulama yang benar-benar layak bercakap mengenai politik kerana pengalamannya yang luas dalam bidang ini.  Jika tidak kerana kebijaksaanaan beliau berpolitik tidak mungkin PAS mampu menundukkan sebuah parti yang dikatakan penentang Islam tegar iaitu DAP, sehingga boleh menjadi sekutu PAS hari ini.

Hanya Ulama yang bijak berpolitik yang dapat mengambil peluang untuk menyebarkan dakwah melalui demokrasi ciptaan barat di mana akhirnya, Islam menang dan penentang Islam kalah.

Oleh itu, tidak salah rasanya jika kita menyarankan agar Dr. Sulaiman pula berguru dengan Dato’ Seri Nik Aziz tentang cara-cara untuk meningkatkan lagi peranan Ulama dengan mengembangkan Islam melalui politik.  Dengan cara ini, kita boleh membantu lebih ramai umat Islam untuk mendapat balasan syurga

Berkaitan:

6 COMMENTS

  1. apa cite nie.. Orang yang tak faham agama je akan mengecilkan orang yang mengamalkan agama.. Perlu Amal dan memahami agama sebelum nak komen bukan-2… tidak ada apa-2 janji politik akan membawa ke syurga.. ISLAM adalah Satu Untuk Semua Ummat… tidak kira bila, dimana, tidak mengenal rupa paras, keturunan, negeri, negara, dan juga tidak berpihak kepada mana-2 parti. atau memerlukan mana-2 parti untuk membantu…. Amalkan Islam Untuk Kejayaan Dunia dan Akhirat.. bukan untuk Pangkat, Darjat, Dan kebanggaan peribadi… Jauhi politik.. dan jgn gunakan Islam untuk kepentingan diri sendiri..

  2. apa cite nie.. Orang yang tak faham agama je akan mengecilkan orang yang mengamalkan agama.. Perlu Amal dan memahami agama sebelum nak komen bukan-2… tidak ada apa-2 janji politik akan membawa ke syurga.. ISLAM adalah Satu Untuk Semua Ummat… tidak kira bila, dimana, tidak mengenal rupa paras, keturunan, negeri, negara, dan juga tidak berpihak kepada mana-2 parti. atau memerlukan mana-2 parti untuk membantu…. Amalkan Islam Untuk Kejayaan Dunia dan Akhirat.. bukan untuk Pangkat, Darjat, Dan kebanggaan peribadi… Jauhi politik.. dan jgn gunakan Islam untuk kepentingan diri sendiri..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here