25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Ahli Mubarak Dilantik Sebagai Fasilitator Kawasan Parlimen Dan DUN Selangor

Seramai 40 anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) dilantik sebagai fasilitator kepada kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor bagi membantu memperkukuh jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk memenangi semula Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata anggota Mubarak yang terpilih menjadi fasilitator kepada 22 kawasan Parlimen dan 56 DUN akan bertindak sebagai “bapa” yang akan memberi nasihat dan membantu menyelesaikan masalah yang timbul di kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

“Fasilitator ini telah dilantik oleh Perdana Menteri dan mereka sebagai tokoh yang disegani akan berperanan sebagai ayah kepada kami di mana mereka akan membimbing dan membantu menyelesaikan masalah jika ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-9 Mubarak Selangor di Bangunan Umno Selangor di sini petang Isnin.

Turut hadir ialah Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Yang Dipertua Mubarak Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar yang juga bekas Menteri Besar Selangor, dan seorang lagi bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Pada majlis itu, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyampaikan surat pelantikan kepada 40 anggota Mubarak yang dilantik sebagai fasilitator itu.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan