Ahli Parlimen Kepong sokong usaha haramkan pusat Tahfiz - pakdin.my

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mengalu-alukan keputusan Kementerian Wilayah yang mengharamkan dan mengarahkan penutupan sebuah pusat tahfiz di Kepong.

Beliau yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan berkata, perlunya garis panduan yang jelas mengenai operasi pusat pendidikan dan jagaan kanak-kanak di negara ini.

Lim Lip Eng berkata, ia selepas beliau melihat keadaan pusat tahfiz tersebut yang tidak sesuai untuk proses pembelajaran. Menurutnya, pusat tahfiz perlu diberi pemantauan dan penyeliaan ketat.

“Saya sendiri buat lawatan ke pusat tahfiz itu dan mendapati keadaannya tidak terurus dengan sistem pendawaian yang membahayakan,” katanya.

“Tidak wajar serahkan anak-anak kepada mana-mana individu atau organisasi atas nama pendidikan tanpa ambil peduli tanggungjawab organisasi tersebut dalam pastikan keselamatan kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

“Kerajaan perlu ada peranan khusus dalam pastikan keselamatan kanak-kanak dengan memantau secara berkala, pastikan rumah jagaan dan pusat pendidikan agama patuhi peraturan serta piawaian ditetapkan,” katanya.

Menurut Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad, pusat tahfiz di Kepong disifatkan sebagai haram kerana tidak berdaftar dengan pihak berkuasa seperti DBKL dan JAWI.

Berlainan pula kenyataan dari Anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, beliau menggesa Kerajaan PH supaya membantu pusat-pusat tahfiz ini bukannya ditutup. Pusat tahfiz perlu dibantu dan diberi sokongan dari segi material dan pentadbiran.

Ia satu kerugian besar sekiranya institusi pengajian agama itu ditutup sekiranya mempunyai masalah, sedangkan pihak mereka tidak dibantu terlebih dulu bagi membolehkan memenuhi syarat pendaftaran.

https://pakdin.my/tag/tahfiz

UTAMAPOLITIKAhli Parlimen Kepong sokong usaha haramkan pusat Tahfiz

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium