Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm

Global

All countries
231,503,127
Confirmed
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
All countries
206,471,289
Recovered
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
All countries
4,744,657
Deaths
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm

Ahli Parlimen pembangkang diharap ambil pendekatan pragmatik pertimbang tawaran kerajaan

Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) berharap 105 Ahli Parlimen pembangkang akan mengambil pendekatan pragmatik dalam mempertimbang tawaran yang dikemukakan oleh kerajaan baharu.

Dalam kenyataan bersama hari ini, MCCC dan DPIM turut menekankan bahawa Malaysia memerlukan kerjasama rentas parti bagi kelangsungan kerajaan untuk tempoh minimum 2-18 bulan dan seterusnya dapat memantapkan lagi kualiti penggubalan serta pelaksanaan dasar.

“Tanpa kestabilan politik dan tadbir urus lebih baik, Malaysia akan ketinggalan berbanding negara-negara jiran dalam tempoh pasca pemulihan COVID-19 yang berkemungkinan besar menjejaskan kekukuhan ekonomi kita untuk sekurang-kurangnya satu generasi,” katanya.

Selain itu, MCCC dan DPIM berkata pendekatan kesepakatan ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dalam ucapan sulung beliau pada petang ini, hanya dapat direalisasikan menerusi usaha pakatan rentas parti yang dapat menjamin kestabilan politik selain mempertingkat aspek tadbir urus.

Malah, mereka berpendapat ini dapat dicapai menerusi usaha pembaharuan Parlimen dan Majlis Persekutuan-Negeri bagi Pemulihan Ekonomi dan Kesihatan yang disertai kerajaan negeri, pembangkang, pakar dan pihak berkepentingan mewakili perniagaan dan masyarakat.

Pada masa sama, MCCC dan DPIM menggesa Ismail Sabri untuk meneruskan usaha mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencapai persefahaman rentas parti bersama pembangkang dengan mengemukakan tawaran pakej yang lebih berani.

Kedua-dua dewan perniagaan itu juga menggesa penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang melibatkan pemantauan perundangan ke atas setiap kementerian selain membuka pelbagai saluran untuk mendengar pandangan kalangan perniagaan serta masyarakat.

“Tidak kurang pentingnya adalah mewujudkan Jawatankuasa Persekutuan-Negeri bagi Pemulihan Negara yang bertanggungjawab ke atas kesihatan awam dan pemulihan ekonomi yang harus melibatkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, pembangkang, pakar dan pihak berkepentingan dalam sektor swasta dan pelbagai dewan perniagaan negara untuk meningkatkan kualiti serta penyelarasan dasar berkaitan ekonomi dan pandemik.

“Penubuhan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh perdana menteri dan ketua pembangkang Parlimen selaku timbalan selain melibatkan kesemua 13 menteri besar/ketua menteri, akan turut memberi mesej jelas kepada pasaran bahawa kebuntuan politik ini sudah berakhir,” katanya.

Berkaitan