Ahli Parlimen Tanjong didakwa fitnah Najib - pakdin.my

Ng-Wei-Aik-fitnah

Georgetown: Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memfitnah Perdana Menteri, Februari lalu.

Ng dituduh mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 berikutan tulisan menerusi kolumnya yang disiarkan akhbar Bahasa Mandarin pada 10 Februari lalu.

Dalam artikel yang diterbit akhbar harian Kwong Wah Yit Poh itu, beliau dilapor menuduh Datuk Seri Najib Razak mempunyai agenda peribadi dalam kes liwat membabitkan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ng yang mengaku tidak bersalah diwakili peguam, Ramkarpal Singh Deo, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani.

Hakim Ibrahim Osman menetapkan 8 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan menetapkan Ng dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dan seorang penjamin.

UTAMABERITAAhli Parlimen Tanjong didakwa fitnah Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium