Statistik Corona

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
101,587
Active
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,232,099
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
4,069,399
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
142,848
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Thailand

Thailand
1,751,704
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
1,625,750
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
18,029
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Global

All countries
240,188,856
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
215,765,598
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
4,893,161
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

AHLI PARTI AMANAH NEGARA SOKONG BUDIMAN DI SUNGAI BESAR

SUNGAI BESAR: Seramai 32 ahli Parti Amanah Negara cawangan Sungai Besar beralih arah menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi selepas hilang kepercayaan kepada calon parti itu.

Wakilnya, Mohd Sapigni Tulus, berkata calon parti serpihan itu, Azhar Abdul Shukur tidak layak dipilih kerana boleh diibaratkan seperti calon ‘touch and go’ selain bukan penduduk tempatan apabila bermastautin di Pahang.

Katanya, jika Azhar menang Pilihan Raya Kecil (PRK) ini, beliau hanya akan turun kawasan setiap dua bulan, sekali gus tidak mampu membawa agenda pembangunan atau pembaharuan dari segi ekonomi dan sosial.

“Sehubungan itu, saya merayu kepada semua pengundi supaya menolak Azhar yang pandai bersandiwara dan pasti akan mengutamakan kepentingan peribadi jika menang nanti.

“Sebaliknya pilihlah Budiman yang terserlah sentiasa membantu merealisasikan impian rakyat. Pilihlah calon yang sentiasa berada dan tinggal bersama rakyat, bukan calon yang tinggal di hotel,” katanya yang merujuk kepada Azhar yang menginap di salah sebuah hotel di pekan di sini.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Mohd Sapigni berkata, kesemua 32 ahli parti serpihan itu juga menyatakan hilang kepercayaan kepada kepemimpinan tertinggi parti itu selepas memilih calon yang tidak layak.

Katanya, Azhar memiliki ciri-ciri dan tindak tanduk yang bongkak, sombong dan angkuh.

“Sejak beliau merampas kepemimpinan parti cawangan Sungai Besar secara kotor, semua pemimpin terdahulu yang menghidupkan parti itu sudah disingkirkan,” katanya.

Ditanya adakah beliau dan rakannya yang lain akan keluar dari parti berkenaan, beliau berkata mereka akan terus kekal di dalam parti itu.

“Kita tiada perancangan untuk keluar parti. Sebarang keputusan bergantung kepada situasi,” katanya.

Berkaitan