Ahli politik mendesak kebebasan murtad dan menghina pihak tolak ICERD dimuliakan sampaikan zakat [Video] #pakdin.my

Maaf lah.
Tapi saya berpandangan ini sudah melampau. Sebelum ini di luar. Sekarang sudah ke dalam surau / masjid pula.

Zakat adalah harta dan amanah umat Islam. Bukan alat politik sesiapa. Apatah lagi oleh seorang ahli politik yang keras mendesak kebebasan murtad dan menghina pihak yang menolak Statute Rome.

Apabila kita pertikai, maka dikatakan kita ini memainkan isu agama dan perkauman. Sedangkan yang memulakan segala tindakan provokasi ini siapa?

Inilah akibat apabila fatwa dilandaskan kepada aspek literal sahaja. Sehingga gagal melihat kesan berantai yang akan berlaku kepada agama. Akhirnya semua benda dinormalisasikan atas nama Harus kerana tiada dalil qati’e yang melarang.

Kalau saya anak Pulau Pinang, saya akan berhenti bayar zakat di sana. Saya rela pergi bayar kat Kedah.

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/WFMOkqUnD88

https://pakdin.my/tag/zakat

Berkaitan