Ahli Umno Diingatkan Jangan Lupa Sejarah Parti - pakdin.my

wpid-najib-mesyuarat-perwakilan-pekan.jpg

Ahli dan pemimpin Umno di setiap peringkat termasuk akar umbi diingatkan tidak lalai dan alpa dengan kejayaan diraih ketika ini.

Ingatan itu kata Presiden parti Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu sentiasa bertapak dalam ingatan kerana ia menjadi panduan kepada hala tuju perjalanan Umno.

Perasaan syok sendiri perlu dihindari dan terus bekerja memastikan parti terus kukuh dan mantap tanpa melupai sejarah silam parti.

Datuk Seri Najib berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Pekan, pagi tadi.

Kata beliau, kejayaan diraih hari ini tidak ada jaminan akan kekal selama-lamanya.

Dalam mempertahankan kejayaan dikecapi kini beliau berkata sikap suka berpolitik berlebihan perlu dihapuskan.

Tindakan yang mengeruhkan hubungan sesama pemimpin dan ahli di akar umbi juga perlu dielakkan.

Sepanjang 68 tahun penubuhan Umno, parti itu sudah melalui pelbagai sejarah pahit manisnya.

Semua itu katanya perlu dijadikan panduan untuk memastikan kelangsungan Umno.

 

 

UTAMAPOLITIKAhli Umno Diingatkan Jangan Lupa Sejarah Parti

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium