Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Global

All countries
231,533,265
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
All countries
206,497,379
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
All countries
4,745,154
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Ahli UMNO Diseru Kuatkan Azam, Tekad Perkukuh Parti Demi PRU-15 – Ahmad Said

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyeru ahli-ahli UMNO untuk kuatkan azam dan tekad bagi memperkukuh parti dan seterusnya bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Katanya, biarpun undi adalah rahsia namun keputusannya bukan satu rahsia dan bebannya kelak akan kembali kepada rakyat sebagaimana mereka yang membuat keputusan memilih pemimpin.

“Maka rakyat harus memilih parti mana yang benar-benar berjuang untuk mereka, pilihlah yang betul-betul terbaik dan kita harap mandat rakyat akan kembali kepada UMNO pada masa akan datang iaitu selepas PRU-15,” katanya.

Ujarnya, walaupun hari ini teraju kepimpinan negara kembali kepada UMNO tetapi ia mungkin akan bersifat sementara.

“Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan pelantikan perdana menteri baharu, maka UMNO kembali menjadi teraju kepimpinan negara. Tapi kita harus ingat bahawa ia juga mungkin sementara, apatah lagi kita hanya mempunyai kelebihan empat kerusi sebagai majoriti, jadi mereka boleh ugut kita.

“Sebab itu kita lihat mana-mana negara yang diperintah oleh kerajaan yang tak boleh dapat majoriti yang kukuh akan tumbang dan memerintah dalam tempoh yang sekejap misalnya Thailand, Jepun dan Israel… sebab itulah kita kena minta rakyat buat pilihan yang tepatm dan bukan sekadar nak buat campur tolak,” tegasnya.

Dalam hal ini beliau menjadikan Terengganu sebagai contoh bagaimana impaknya apabila kerajaan bertukar.

“Contoh Terengganu, pernah diwakili oleh kerajaan lain tiga kali, sebab itu orang kata dulu kerajaan Terengganu banyak duit tapi tak ada pembangunan. Ini dapat dilihat sebagaimana tahun 1999-2004, dan hari ini dari 2018 pun tak ada pembangunan yang bermakna sudah lapan tahun Terengganu tak ada kemajuan.

“Sebab itulah, politik beri kesan besar kepada pembangunan dan kesannya juga dapat dilhat kepada generasi akan datang.

“Sekarang Terengganu ada krisis air yang sebelum ini berlaku selama 12 hari dan dijangka akan berlaku lagi selama 17 hari.”

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pidato Online peringkat Negeri Terengganu, hari ini.

Berkaitan pertandingan pidato online yang dianjurkan oleh Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS), beliau merakamkan penghargaan kepada ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yang mengaplikasi kaedah baharu bersesuaian dengan situasi semasa.

“Saya berharap dengan adanya pertandingan pidato ini akan dapat mengetengahkan bakat-bakat baru yang bakal menjadi aset UMNO pada masa hadapan.

“Harap mereka ini dapat menarik rakan-rakan mereka untuk bersama-sama UMNO supaya lebih ramai jentera UMNO dari sudut pidato dan penceramah di samping terus berkebolehan untuk menarik minat orang ramai dan mendukung UMNO pada PRU-15,” katanya lagi. – UMNO Online

Berkaitan